Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PN Sudah Ada Calon...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) memaklumkan sudah mempunyai calon Menteri Besar Johor,...

“Mourinho Tak Mahu Kami...

CHRIS Smalling menjadi tumpuan apabila menjadi jaguh selepas pengurus, Jose Mourinho menggesa para...

Perut Koyak Akibat Pedas...

NEW DELHI - Seorang lelaki menderita apabila lapisan dalaman perutnya terkoyak kerana terlalu...

Bukan Wanita Tulen, Sajat...

TAK habis-habis lagi kontroversi yang melanda personaliti media sosial dan pengasas kosmetik Nur...

Suspek Rompak Van Keselamatan, Tembak Mati Pengawal Bertindak Sendirian

KUALA LUMPUR : “Saya melihat ada sebuah van keselamatan berhenti di hadapan bank, datang seorang lelaki menghampiri pengawal keselamatan berkenaan lalu saya terdengar bunyi das tembakan dilepaskan”.

Itu kenyataan saksi kejadian seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak, manakala seorang lagi cedera dalam satu rompakan nekad berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini petang semalam.

Saksi berkenaan yang enggan dikenali, berkata kejadian terbabit berlaku selepas jam 5 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata kejadian berkenaan berlaku pada jam 5.50 petang semalam.

Semasa kejadian, katanya, terdapat empat pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk mengambil wang tunai daripada sebuah bank untuk diangkut ke dalam van syarikat keselamatan dengan seorang pemandu menunggu dalam kenderaan.

Beliau berkata, ketika mereka mengambil wang di bank berkenaan, dua pengawal keselamatan berada di dalam bank, manakala seorang pengawal keselamatan berada di antara bank dan van itu serta seorang lagi bersama pemandu berada dalam kenderaan.

Menurutnya, ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berada di antara bank dan van sedang menyerahkan karung berisi wang kepada rakannya yang menunggu di van dan pada masa itu, seorang suspek lelaki meluru ke arah mereka untuk merampas karung wang itu lalu berlaku pergelutan antara mereka bertiga.


Abd Khalid berkata, suspek berusia 38 tahun kemudian disyaki memukul salah seorang daripada pengawal keselamatan sehingga cedera dan menembak seorang lagi pengawal keselamatan sebelum melarikan karung berisi wang itu.

Katanya, pemandu van keselamatan yang panik segera membawa pengawal keselamatan yang cedera di bahagian tulang belakang masuk ke dalam van dan memandu van itu sehingga ke Puchong Perdana, tidak jauh dari lokasi kejadian dan mangsa yang cedera itu disahkan meninggal dunia di dalam van.

Sementara itu, Abd Khalid berkata, suspek yang dipercayai melakukan jenayah itu secara bersendirian berjaya ditahan di tempat awam sekitar Seksyen 24, Shah Alam, pada jam 7 malam tadi bersama karung berisi wang tunai, namun jumlah wang yang dibawa lari suspek masih dalam siasatan.

Menurutnya pistol yang disyaki digunakan suspek untuk menembak pengawal keselamatan berkenaan ditemukan di lokasi lain dan polis masih menyiasat kenderaan yang digunakan suspek semasa melarikan diri.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori