Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mazlan, TV3 Cadang Penyelesaian...

KUALA LUMPUR - System Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan calon Barisan Nasional bagi...

Kutipan Hasil Kastam RM35.19...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun...

Buruh Warga Indonesia Mati...

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja buruh kontrak warga Indonesia maut ditikam anak saudaranya,...

Tunggu Dan Lihat Parti...

KOTA BARU - PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat parti mana yang akan...

Syarikat Penerbangan Jepun Batal Semua Laluan Ke Eropah

TOKYO: Japan Airlines (JAL) dan ANA hari ini memaklumkan akan membatalkan semua penerbangan pergi dan dari Eropah, berikutan isu keselamatan susulan pencerobohan Russia di Ukraine.

Syarikat penerbangan terbabit yang kebiasaannya menggunakan ruang udara Russia untuk laluan Eropah, adalah antara sejumlah besar syarikat penerbangan yang membatal atau mengalihkan penerbangan antara Eropah dan Asia utara sejak krisis itu bermula.

“Kami akan terus memantau situasi, namun berdasarkan keadaan semasa di Ukraine dan beberapa risiko lain, kami memutuskan untuk membatalkan penerbangan,” kata jurucakap JAL.

Sementara itu, laman sesawang ANA Cargo memaklumkan penggantungan penerbangan bagi laluan itu adalah kerana ‘operasinya berkemungkinan tinggi tidak dapat terbang menerusi Russia akibat situasi semasa di Ukraine’.

Sebelum ini, syarikat penerbangan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada dilarang menggunakan ruang udara Russia selepas mereka mengenakan sekatan pada syarikat penerbangan Russia, namun Jepun belum membuat pengumuman seumpamanya setakat ini.

Jurucakap portal pengesanan penerbangan, FlightRadar24 memaklumkan, ANA dan JAL menjalankan operasi membabitkan 60 penerbangan seminggu menggunakan ruang udara Russia bagi laluan Tokyo dan London, Paris, Frankfurt dan Helsinki.


Semalam, Finnair yang sebelum ini membatalkan penerbangan Tokyo selepas dilarang menggunakan ruang udara Russia, memaklumkan akan menyambung penerbangan Helsinki-Tokyo menggunakan laluan baharu dengan jangka masa penerbangan 13 jam, berbanding 9.5 jam sebelum ini.

Dalam pada itu, FlightRadar24 menunjukkan Korean Air masih menggunakan ruang udara Russia setakat hari ini, namun syarikat penerbangan Taiwan kini mengelak menggunakan ruang udara itu, sebaliknya terbang melepasi China dan Asia Tengah.

ANA juga memaklumkan akan membatalkan lapan penerbangan pergi dan dari London, Paris dan Frankfurt, esok.

Katanya, satu penerbangan Tokyo-Brussels yang dijadualkan membawa vaksin dalam perjalanan kembali ke Jepun pula akan dialihkan ke laluan Asia Tengah, selain semua penerbangan kargo akan kekal beroperasi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori