Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Deposit SSPN 2021 Cecah...

PETALING JAYA: Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mencatatkan jumlah RM3.01 bilion, sekaligus...

Jamal Sah Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

ADUN Jepak Meninggal Dunia

Kuching : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak di Bintulu, Datuk Talib Zulpilip...

Malaysia Bakal Terima Bekalan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), hari ini, bersetuju memberi...

Syed Saddiq Belum Nafikan Kaitan Dengan DAP

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kurang senang apabila parti baharunya MUDA dikatakan sebagai proksi DAP.

Mungkin kerana tahu DAP ditolak oleh majoriti pengundi khususnya orang Melayu yang telah serik dengan pentadbiran kerajaan 22 bulan PH.

Bagaimanapun, segala petunjuk tingkah laku, hubungan dan kasih sayang Syed Saddiq dengan DAP melampaui keraguan munasanah.

Pertama, MUDA (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) diketahui kerap dijulang-julang oleh pimpinan DAP sejak ia ditubuhkan.

Terbaru Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh semasa berkempen di Johor menceritakan tentang kehebatan MUDA mampu menarik golongan muda menyertai politik.

Kedua, Syed Saddiq berdampingan akrab dengan kepimpinan DAP daripada pimpinan tertinggi sehingga ke peringkat pimpinan bawahan.

Ketiga, Syed Saddiq pernah terlepas tutur mengenai MUDA menerima sumbangan daripada taikun perniagaan yang pernah dikaitkan dengan DAP

Keempat, DAP merelakan perbuatan Syed Saddiq meletakkan calon MUDA di kerusi ditandingi PKR meskipun dibantah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelima dan paling terkini, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong membawa Syed Saddiq sebagai pencadangnya bertanding di DUN Perling.

Keenam, agenda MUDA dilihat sinonim dengan agenda DAP termasuk dalam sial pengambilan arak sebagai hak makan dan minum rakyat Malaysia.


Jadi tidak harus MUDA menyatakan mereka yang bertanggapan MUDA proksi DAP sebagai BN, UMNO, Najib sedangkan itu norma akal logik berfikir.

Walhal Pengarah Pilhan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut beranggapan MUDA sebagai anak putik DAP.

“MUDA itu anak putik DAP, presiden dia (Syed Saddiq) jadi pencadang calon DAP. Itu terang-terang dia alat DAP,” kata Sanusi.

Sanusi turut menyatakan DAP secara terang-terangan menyokong calon parti itu menguatkan andaian MUDA mengikut telunjuk parti cauvanis.

Jika pandangan berdasarkan fakta-fakta itu tidak benar seharusnya Syed Saddiq tampil menafikan parti itu ada kaitan atau kerjasama dengan DAP.

Malangnya sehingga hari pengundian PRN Johor menjelang tiba pada 12 Mac ini Syed Saddiq masih tidak menjawab keraguan munasabah tersebut.

Strategi berdiam diri merupakan taktik PH dalam mengelak sebarang isu berkait mereka menjadi lebih besar selama ini.

Tetapi jika melibatkan isu BN/UMNO mereka akan melaung-laung tidak cukup tanah untuk memperbesarkannya.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori