Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Selepas Dikejar Burung Merak,...

IA bukanlah binatang ganas namun ketakutan budak perempuan ini terhadap burung merak begitu nyata...

Anggota UTK Bukit Aman...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan...

Dasar Populis Tolak GST...

KERAJAAN Pakatan Harapan semakin terdesak apabila hasil pendapatan negara semakin jelas didapati tidak...

‘Aku Tak Kenal Dia,...

BUKAN sahaja ditangkap, malah dia juga dimalukan oleh ibunya sendiri dan kemudian 'dikerjakan'...

Syed Saddiq Usah ‘Menangguk Di Air keruh’ Isu Komputer

Setakat artikel ini ditulis Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik sebanyak tiga kenyataan di media sosial berhubung isu pensyarah UiTM menegur pelajarnya kerana tidak memiliki komputer.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam usahlah terlalu ghairah untuk kelihatan hero di mata pelajar universiti nanti nampak jelas seperti cuba ‘menangguk di air keruh’ pula. Rakyat Malaysia hari ini bukan bodoh.

Presiden parti MUDA itu dalam tiga kenyataannya mengkritik perbuatan pensyarah otai tersebut dan mempelawa pelajar yang tiada komputer riba supaya mendapatkan bantuan daripadanya.

Sekali lagi Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam sebagai wakil rakyat tidak patut terlebih ghairah membuat andaian berhubung isu tersebut.

Kita faham isu itu boleh memberi kredit kepada beliau dan parti politiknya kerana beliau antara wakil rakyat yang menghulurkan bantuan komputer riba.

Tetapi dalam kes pensyarah tersebut Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam sepatutnya mengambil langkah berhemah dengan menunggu hasil siasatan pihak terlibat.

Ada banyak kemungkinan sebenarnya. Tanpa sedikit pun menyokong tindakan pensyarah itu mengaitkan golongan B40 dalam hal pelajar tersebut, namun barangkali ada kisah disebalik viral yang tidak diketahui.


Seperti yang kita saksikan banyak juga hujah-hujah netizen mempersoalkan tentang pelajar tersebut dan begitu juga bantahan netizen terhadap kata-kata dilontarkan pensyarah berkenaan.

Semudah itu Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam melompat kepada kesimpulan pensyarah itu prejudis dan memperkecilkan golongan B40.

Kesimpulannya semua pihak perlu bawa bertenang dan tunggu apakah hasil siasatan UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung isu tersebut.

Jika benar pensyarah itu bersalah maka pemimpin masyarakat wajar memberi teguran yang membina dan jika pelajar itu yang bermuslihat maka terimalah karma yang bakal menimpanya.

Peranan wakil rakyat adalah mendidik masyarakat supaya tidak beremosi dan tenang meneliti sebarang isu, bukan menambah garam dan api kebencian. Jangan gunakan pendekatan politik dalam isu pendidikan.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori