Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tahniah Bangsa Kedah! –...

KUALA LUMPUR - Satu status ringkas di Facebook mengenai kemenangan pasukan Kedah malam...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

LAHAD DATU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan arahan perintah...

Pengusaha Di Esszone Diminta...

SANDAKAN - Para pengusaha pusat peranginan, ikan dalam sangkar dan pemilik bot nelayan...

Mayat Wanita Ditemui, Pencarian...

KUCHING - Mayat seorang wanita ditemui dan pasukan penyelamat mencari helikopter yang hilang...

Syed Saddiq Utamakan Calon DAP?

Media melaporkan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berseloroh: “Kalau saya tidak hadir, kalahlah calon PH”

Beliau digambarkan berseloroh apabila ditanya mengapa Presiden MUDA mengiringi calon PH/DAP semasa penamaan calon 26 Februari lalu.

Malah sanggup menjadi pencadang kepada calon DAP yang bertanding di kerusi DUN Perling PRN Johor, Liew Chin Tong

No..No..No. Mana boleh seloroh-seloroh dalam keadaan genting seperti pilihan raya. Lagipun Syed Saddiq dan geng PH, PN mana tahu erti berseloroh.

Jika pemimpin BN berseloroh mereka akan terus petik setiap patah kata bulat-bulat. Habis diambil kesempatan dicanang seluruh Malaysia.

Jadi Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar perlu akur jika rakyat Johor mengambil serius kata-kata itu kerana “What You Give You Get Back”.

Sebenarnya ada persoalan lebih penting tidak ditanya pemberita mengapa Syed Saddiq lebih utamakan penamaan calon DAP berbanding calon partinya sendiri?

Ada beberapa teori disebut-sebut antaranya Syed Saddiq mahu ambil hati pemimpin DAP apatah lagi calon DAP DUN Perling Pengerusi DAP Johor.

Ini dilihat selari dengan dakwaan MUDA ditaja oleh DAP dan taikun-taikun yang pernah dikaitkan dengan DAP untuk memancing undi belia.


Teori kedua Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam mahu menunjukkan konon orang Melayu bersama DAP.

Walaupun itu bermaksud beliau perlu meninggalkan calon-calon MUDA untuk bersama DAP semasa proses penamaan calon PRN Johor.

Atau dalam erti kata lain calon DAP adalah lebih penting bagi Syed Saddiq berbanding calon partinya sendiri dan DAP lebih utama berbanding MUDA.

Jika benar begitu apakah nilai sebenar calon-calon MUDA di mata Syed Saddiq?

Jika benar begitu apakah kewajaran slogan pembaharuan yang dilaungkan parti MUDA sedangkan presidennya bersama dengan parti lama DAP?

Teori ketiga, Syed Saddiq mahu menunjukkan kesetiaannya kepada DAP yang tidak berbelah bahagi kerana tanpa DAP siapalah dirinya.

Apapun kesemua ini sekadar teori dan Tuhan juga yang Maha Mengetahui lagi Maha Membalas kepura-puraan hamba-hambanya yang tidak jujur.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori