Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran GPS Diluluskan –...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pendaftaran Gabungan Parti Sarawak...

Pesara Kerajaan Boleh Berperanan...

KOTA KINABALU - Pesara kerajaan boleh memainkan peranan membantu kerajaan Barisan Nasional (BN)...

Harga Ikan Kembong Naik...

KUALA LUMPUR - Persatuan Nelayan Kebangaaan (Nekmat) menjawab rungutan orang ramai mengenai kenaikan...

KPDNKK Kelantan Periksa Pematuhan...

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan telah...

Tak Boleh Eksport Ketum Ke Thailand

Kuala Lumpur : Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan ketum dieksport dari negara ini ke Thailand seperti dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia jelas melanggar Akta Racun 1952 yang sedang dikuatkuasakan di negara ini.

“Itu permintaan Menteri Besar, sesuatu yang mungkin datang daripada permintaan peribadi beliau. Kita akan tengok semula dalam waktu ini.

“Namun, buat masa ini kita tidak benarkan mengikut akta sedia ada dalam negara,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen ‘Kita Demi Negara’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.


Semalam, Muhammad Sanusi dilapor mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand.

Beliau dilaporkan berkata, proses mengeksport bahan itu bagaimanapun memerlukan peraturan tertentu supaya ia dapat dilakukan secara teratur dan mengikut peraturan.

Katanya, ketum dibenarkan dijual di pasaran komersial di Thailand, malah pengusaha di negara itu berkeupayaan memproses bahan berkenaan bagi dijadikan produk.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori