SINGAPURA: Bermula 29 Mac depan, Perdana Menteri Singapura mengumumkan orang ramai tidak diwajibkan lagi memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan kerana risiko jangkitan adalah jauh lebih rendah.
Lapor berita.mediacorp, Lee Hsien Loong berkata, pemakaian tersebut bagaimanapun masih diwajibkan ketika berada di dalam bangunan.
Jelas beliau, negara itu juga akan menggandakan saiz kumpulan perhimpunan sosial dari lima kepada 10 orang.
Pengumuman itu sebahagian daripada tindakan Singapura menjalani kehidupan dengan Covid-19.
Perubahan lain kepada langkah pengurusan selamat termasuk membenarkan sehingga 75 peratus pekerja yang boleh bekerja dari rumah untuk kembali ke pejabat dan menaikkan had kapasiti bagi acara-acara lebih besar dengan lebih 1,000 tetamu atau 75 peratus kapasiti.
Keperluan jarak selamat satu meter dikekalkan antara kumpulan bagi mengurangkan penularan jangkitan ketika pelitup muka tidak dipakai.
UtusanOnline-