Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nyaris Dilanggar, Wanita ‘Diselamatkan’...

BERPANTANG maut sebelum ajal.  Seorang wanita di Kalisz, Poland berdepan detik cemas apabila...

Johor Bakal Miliki Stadium...

JOHOR maju setapak lagi dalam arena bola sepak negara dengan pembinaan stadium bola...

Raja-Raja Melayu Pandang Serius...

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu hari ini bertitah menasihati seluruh rakyat Malaysia menghentikan...

Angkasa Sedia Bantu Koperasi...

KUANTAN - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedia membantu Kesatuan Pekerja Sistem...

Taman Tema Laut Interaktif Mula Dibuka 27 Mac

LANGKAWI : Taman tema laut interaktif pertama di Asia, Perdana Quay Eco Marine Park bernilai RM50 juta mula dibuka pada 27 Mac ini, menjadi produk pelancongan terbaru di pulau ini.

Pembukaan pra pelancaran taman tema yang letaknya di Pantai Kok di sini, diyakini mampu menyemarakkan semula industri pelancongan selepas terkesan teruk akibat pendemik COVID-19.

Berkonsepkan interaktif langsung, taman tema dibangunkan Explicit Eco Marine Sdn Bhd (Explicit Eco Marine) itu memberi peluang pengunjung berinteraksi dekat dengan pelbagai spesies marin di kolam air laut.

Pengarah Urusan Kumpulan Explicit Eco Marine, Kelvin Foo Chian Wei, berkata pembukaan taman tema itu dilihat tepat pada masanya untuk merancakkan semula ekonomi di pulau bebas cukai itu.

“Projek yang bermula sejak 2017 itu bakal dibuka secara pra pelancaran mulai 27 Mac ini, manakala pembukaan rasmi akan dibuat pada Mei ini.


“Pengunjung boleh berenang bersama jerung, pari dan hidupan laut lain serta memberi makan ikan dengan tangan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara keseronokan lain ditawarkan kepada pengunjung termasuk pusat beli-belah bebas cukai seluas 4,572 meter persegi, pantai buatan, kolam infiniti, kolam sentuh, kolam snorkeling, kedai runcit dan restoran makanan laut.

“Kami sudah bersedia mengetengahkan taman tema ini ke peringkat antarabangsa, sekali gus terus membantu melonjakkan nama Langkawi di persada pelancongan dunia,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori