Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

11,400 Penerima Di Sabah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11,400 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan pedalaman...

PRN Johor: Lebih 749,000...

JOHOR BAHRU: Susulan pelaksanaan Undi18, jumlah pengundi di negeri ini mencatatkan pertambahan kira-kira...

Iran Perkenal Peluru Berpandu...

TEHERAN - Iran memperkenalkan generasi baharu peluru berpandu marin jarak pendek dan beberapa...

PBB Tampil 10 Muka...

KUCHING - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bertanding 40 daripada 82 kerusi...

Tentera Russia Diusir Lebih 70km Dari Kyiv

ANKARA: Tentera Russia berjaya diusir sejauh lebih 70 kilometer (km) dari ibu negara, Kyiv di beberapa lokasi tertentu hasil ‘kejayaan operasi’ ketenteraan Ukraine, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine, semalam.

“Di beberapa kawasan lain, unit Angkatan Tentera Russia berada 35km dari Kyiv,” kata Oleksandr Motuzyanyk pada sidang media, lapor Agensi Anadolu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang tanda pengunduran tentera Rusia dari kawasan tertentu di Kyiv buat masa ini,” katanya.

Motuzyanyk mendakwa negaranya berjaya ‘melaksanakan mobilisasi’ dan kini ‘di peringkat kedua mobilisasi’.

“Kami telah mengerah lebih 100,000 orang. Pada masa ini, seluruh negara menyertai usaha menentang penceroboh,” katanya.


Krisis Russia-Ukraine mendapat tentangan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta beberapa negara lain melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow.

Sekurang-kurangnya 1,081 orang awam telah terbunuh dan 1,707 yang lain cedera, manakala lebih 3.7 juta melarikan diri ke negara jiran, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori