Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nuraina Humaira Ditemui Mati...

SUNGAI SIPUT - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui mati di kawasan...

Tiada Keperluan Laporan Kajian...

GEORGE TOWN - Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd menegaskan tiada keperluan mendesak untuk...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

Lebuhraya PLUS Ke Utara,...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya PLUS menghala ke Utara dan Lebuhraya...

Terowong Dasar Laut: Dua Agensi Penting Diberi Surat Peringatan

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang sudah menghantar surat peringatan kepada dua agensi penting untuk menyerahkan ulasan bertulis berhubung kajian kebolehlaksanaan bagi projek terowong dasar laut.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, surat peringatan itu diserahkan baru-baru ini bagi membolehkan kerajaan negeri membuat keputusan mengenai pelaksanaan projek berkenaan.

“Kita belum terima ulasan bertulis daripada dua agensi penting ini iaitu Penang Port Comission dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) setakat ini. Kita sudah hantar (surat) peringatan kepada mereka baru-baru ini.

“Kita masih menunggu dan berharap ia dapat diberikan secepat mungkin. Ulasan bertulis ini penting untuk kerajaan negeri membuat sebarang keputusan berhubung projek terowong dasar laut.

“Ini kerana, kedua-dua agensi ini tidak menyokong projek tersebut,” katanya pada sidang akhbar di The Top selepas Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang di sini pada Selasa.

11 Mac lalu Kon Yeow berkata, kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu ulasan bertulis daripada dua agensi penting berhubung kajian kebolehlaksanaan bagi projek terowong dasar laut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan projek berkenaan.

Menurutnya, projek itu boleh dilaksanakan tertakluk kepada pematuhan pelbagai syarat teknikal yang mana, mesyuarat Exco mengarahkan Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari serta Penang Infrastructure Corporation untuk mendapat ulasan bertulis tersebut.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengesahkan akan menghantar ulasan bertulis tersebut pada minggu hadapan.

Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata, pihaknya bersama PPSB kini sedang melengkapkan sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri.

Katanya, ia akan menyatakan laporan terperinci dari segi kepakaran dan sudut perkapalan berkaitan projek berkenaan.


Mengulas mengenai persoalan yang ditimbulkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengenai ulasan bertulis diminta selepas pembentangan penemuan kajian kebolehlaksanaan projek itu, Kon Yeow berkata, ulasan tersebut sudah diberikan dalam mesyuarat teknikal sebelum ini.

“Ulasan telah diberikan oleh kedua-dua agensi tersebut namun pendirian itu cuma dicatatkan dalam minit mesyuarat sahaja. Oleh demikian, untuk pengesahan secara rasmi, kita beri peluang kepada dua agensi ini menyatakan pendirian secara hitam putih iaitu melalui ulasan bertulis.

“Mereka tidak menyokong projek ini (dalam mesyuarat), dan ia hanya dicatatkan dalam minit sahaja. Kita mahu hitam putih kerana pegawai yang hadir (mesyuarat) mungkin ada pandangan atau pendirian mereka, dan ulasan bertulis dua agensi ini adalah untuk memuktamadkan pendirian sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada Isnin meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung ulasan bertulis daripada dua agensi penting yang didakwa diminta selepas pembentangan penemuan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut.

Pembentangan itu dibuat syarikat konsesi, Consortium Zenith Construction (CZC) serta perunding mereka dalam mesyuarat Exco pada Februari lalu.

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Baljit Singh berkata, perkara itu harus diperjelaskan segera bagi mengelakkan banyak persoalan timbul terhadap projek mega berkenaan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dan tiga jalan utama merupakan salah satu projek yang terkandung dalam Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai keseluruhan RM46 bilion.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori