Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Majalah No.1 Tertua Di...

PUPUS... Setelah 77 tahun berjaya temui pembaca tegarnya setiap bulan tanpa jemu, Mastika...

Sampah Tsunami Jepun Penuhi...

JUNEAU, Alaska - Ratusan tan serpihan marin dikumpul sepanjang pesisir pantai Alaska dan...

Harga Minyak Dunia Turun...

HARGA Minyak Dunia terus mencatatkan penyusutan sejak minggu lalu dalam paras harga yang...

UMNO Atau Proksi Tiada...

KUALA LUMPUR – My EG Services Bhd. (MyEG) menafikan bahawa UMNO mahupun proksi...

Tiada Arahan Peniaga Bazar Ramadan Wajib Suntik Dos Penggalak

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tiada mengeluarkan sebarang arahan atau ketetapan supaya setiap peniaga di bazar Ramadan wajib mengambil suntikan dos penggalak Covid-19 sebelum pembukaannya nanti.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, pihaknya tidak mengeluarkan arahan itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau penganjur bazar berkenaan.

“KKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan atau syarat kepada PBT untuk beri ‘booster’ (dos penggalak). Ini semua adalah bidang kuasa pihak berkenaan.

“Jika pasar malam, ia adalah di bawah bidang kuasa PBT, dan di masjid pula Jabatan Agama Islam Negeri,” katanya ketika sidang akhbar sempena majlis pelancaran Persidangan Tahunan Dialisis, di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab isu tular di media sosial sebelum ini mengenai hantaran seorang wanita, memuat naik surat arahan sebuah PBT yang meletakkan syarat tiga suntikan vaksin Covid-19, termasuk dos penggalak, ke atas peniaga dan pembantu gerai di bazar Ramadan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, wanita itu turut dikata menyalahkan Khairy Jamaluddin kerana menyangkakan arahan tersebut dikeluarkan daripada beliau untuk dilaksanakan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori