Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PDRM Tak Bercadang Syor...

IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada kerajaan agar...

Video Separuh Bogel Yang...

Video ini pasti mengundang curiga orang ramai bila menontonnya lagi-lagi video ini dirakam...

PRU14: Pemuda UMNO Harap...

TAPAH - Pemuda UMNO berharap lebih ramai golongan muda diketengahkan sebagai calon pada...

Graduan Perlu Beralih Ke...

SERDANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan para graduan agar keluar...

Tiada Keperluan Guna Biodiesel

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan mendesak untuk negara beralih kepada penggunaan biodiesel sawit sepenuhnya, pada masa ini.

Untuk jangka masa panjang, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata, kerajaan bersedia melaksanakannya, malah sudah ada permintaan bagi pelaburan biojet.

Katanya, kerajaan menerima dua cadangan pembangunan biojet di Penggerang dan Kota Kinabalu yang masih dalam peringkat kajian.

“Pada masa ini, harga bahan api seperti petrol dan diesel di negara ini masih rendah.

“Permintaan bahan api mesra alam sekitar itu masih rendah dan hanya 10 peratus yang menggunakan biodiesel sawit pada masa ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof di Dewan Rakyat, hari ini.

Redzuan dalam soalnya ingin mengetahui tahap penggunaan biodiesel sekarang.

Sementara itu menjawab soalan asal Che Alias Hamid (PN-Kemaman) perancangan terkini program biodiesel negara, berikutan Indonesia sudah melaksanakan program biodiesel B40 (– adunan 40 peratus biodiesel sawit dengan 60 peratus diesel petroleum) pada bulan lalu, katanya, keperluan penggunaan biodiesel Indonesia dan Malaysia berbeza.

“Malaysia tidak mengikuti jejak Indonesia. Negara itu kini menggunakan B40 dalam pengangkutan mereka, sebab itu mereka cepat melaksanakannya.


“Malaysia sedang menaik taraf pusat pengadunan biodeisel dan kita melaksanakan program biodiesel secara berfasa. Kita sudah melaksanakan program biodiesel B20.

“Ia dimulakan di Pulau Langkawi pada 1 Januari 2020 dan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 15 Januari 2020 dan di Sarawak (kecuali Bintulu) pada 1 September 2020.

“Selaras dengan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ekoran peningkatan kes COVID-19, projek menaik taraf depot kemudahan adunan biodiesel itu tertangguh

“Kerajaan kini dalam usaha untuk menaik taraf depot adunan biodiesel di Sabah dan Semenanjung bagi memperoleh kadar adunan biodiesel yang lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya.

Beliau menegaskan kementeriannya akan terus memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan Program Biodiesel B20 yang dianggarkan berupaya mewujudkan pertambahan penggunaan minyak sawit mentah (MSM) daripada 0.53 juta tan setahun kepada 1.06 juta tan setahun.

“Program biodiesel juga membantu mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca sebanyak 3.2 juta tan metrik karbon dioksida setara setahun,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori