Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kakitangan Main Peranan Lonjak...

KUANTAN - Kakitangan atasan dan bawahan memainkan peranan sama penting bagi membantu melonjakkan imej pentadbiran kerajaan negeri...

Radio Amatur Cabang Komunikasi...

LANGKAWI - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menggalakkan orang ramai untuk mengendali perkhidmatan radio...

Rahman Dahlan Jemput Sheila,...

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan telah menjemput Ratu Jazz negara Sheila...

Pemuda Maut Motosikal Rempuh...

MARANG - Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan...

‘Tiada Kes Curi, Hanya Salah Faham’ – Kes Ibu Mengamuk Anak Dituduh Mencuri Selesai

SEORANG lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka tampil menjelaskan insiden tular yang berlaku di salah sebuah cawangannya, berpunca daripada salah faham di antara pekerjanya dan juga pelanggan.

Menerusi video berdurasi 1 minit 10 saat yang dimuat naik di platform TikTok, pengurus kedai tersebut tampil menceritakan kembali situasi sebenar kejadian.

Menurut pengurus berkenaan, kejadian berlaku selepas salah seorang rakan kepada kanak-kanak lelaki itu didakwa mencuri dan memberitahu kepada kakitangan kedai serbaneka terbabit.

“Adik ini datang bersama tiga orang rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini telah mencuri.

“Pekerja saya telah bertanya kepada adik ini, betulkah adik mencuri? Adik ini telah berasa takut dan menangis, lantas dia berlari keluar bagi mendapatkan ibunya,” jelasnya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, pengurus kedai serbaneka itu berkata, berdasarkan semakan rakaman litar tertutup (CCTV), pihaknya mendapati kanak-kanak lelaki berkenaan tidak bersalah, malah tiada kes kecurian berlaku.

“Kami telah membuat semakan melalui CCTV dan mendapati bahawa adik ini tidak mencuri dan tiada barang yang hilang.

“Di sini telah berlaku salah faham,” ujarnya.


Susulan daripada itu, ibu kepada kanak-kanak lelaki dan juga pekerja kedai serbaneka tersebut tampil bertemu dan saling bermaaf-maafan, malah mengakui akan kesilapan serta salah faham.

“Jadi, di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengecam ibu kepada adik ini,” kata pengurus berkenaan.

Sebelum ini, tular video seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya didakwa mencuri oleh seorang pekerja.

Video yang meraih lebih sejuta tontonan itu memperlihatkan ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan bertindak penuh emosi dengan meninggikan suara serta melakukan Facebook Live sebagai pengajaran kepada pelanggan-pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.

Perlakuan anaknya turut mencuri perhatian netizen apabila dilihat kuat memberontak dengan kerap menyepah barangan serta menendang kaunter kedai tersebut berikutan pertanyaan yang diterima.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori