Mungkin Presiden PKR fikir rakyat Johor buta pengetahuan am sehingga boleh diperbodohkan dengan mudah.
Tiba-tiba Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak supaya rakyat dibenarkan membuat pengeluaran KWSP.
Tiba-tiba mengaku PKR prihatin nasib rakyat menjelang tarikh PRN Johor yang cuma berbaki beberapa hari.
Rakyat Johor tidak selemah itu untuk mengetahui PKR sedang terdesak hingga sanggup meludah ke langit.
Membuat pusingan U yang semua boleh memahami betapa tidak jujur semata-mata untuk memancing undi.
Apakah PKR tiada “kemaluan'” sedangkan semua tahu PKR membantah pengeluaran wang KWSP di Parlimen pada 20 Januari lalu?
Anwar dengan lantang berkata rakyat tidak boleh diberi laluan mudah keluarkan wang KWSP dengan alasan ia simpanan hari tua.
Ramai memahami Anwar sanggup bersengkongkol dengan Perikatan Nasional (PN) dalam isu tersebut.
Semata-mata tidak mahu pemimpin BN mendapat pujian rakyat kerana berjaya memperjuangkan nasib mereka.
Barangkali selepas data terkini menunjukkan PKR akan kalah teruk maka “laluan” pun bertukar jadi mudah.
Konon Anwar mengubah pendiriannya dalam isu wang KWSP selepas mendengar keluhan rakyat Johor.
Ayuh rakyat Johor kita lontarkan perkataan “bullshit!” kepada PKR dan Anwar.
Sudah lama rakyat bertalu-talu mendesak dan perkara itu beberapa kali diangkat pemimpin BN di Dewan Rakyat.
Mustahil baru hari ini Anwar tahu rakyat mahukan wang KWSP konon selepas turun berkempen untuk PRN Johor.
-Mynewshub