JOHOR BAHRU : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hanya mendahului di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa setakat ini tetapi ketinggalan di enam kerusi lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Keputusan tidak rasmi setakat pukul 9.30 malam tadi menyaksikan, Setiausaha Agungnya, Amira Aisya Abdul Aziz mendapat 17,929 undi mengatasi lima lagi calon.
Pencabar terdekat setakat ini adalah calon Barisan Nasional yang mendapat 13,944 undi.
-Utusan Online