Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bustari Yusof Pulangkan RM3.68...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusof telah memulangkan wang berjumlah...

Kerajaan Perlis Disaran Pulihkan...

KANGAR - Kerajaan Perlis disaran memulihkan ladang anggur di Sungai Batu Pahat, di...

Tak Memilih Watak, Asal...

SAIZ fizikal seseorang adakalanya tiada kena-mengena dengan usianya; ada yang bertubuh kecil tapi...

Tabung Haji Semakin Teruk,...

PENGUMUMAN hibah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebanyak 1.25 peratus awal bulan ini...

[TIDAK RASMI] Warisan Atasi Rakan Mesra Pejuang Di DUN Permas Tapi Kalah Oleh BN

KUALA LUMPUR : Percaturan kali pertama Parti Warisan (Warisan) yang berasal dari Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Johor menyaksikan parti itu mendahului rakan mesranya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dengan undi sebanyak 1,400 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

Setakat pukul 8.15 malam ini, keputusan tidak rasmi merekodkan Pejuang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya mendapat 542 undi walhal parti itu adalah parti dari Semenanjung.

Bagaimanapun, Warisan masih jauh ketinggalan oleh Barisan Nasional (BN) dengan 12,534 undi diikuti Perikatan Nasional (PN) sebanyak 8,045 manakala Pakatan Harapan (PH) mendapat 6,772 undi.

Sementara itu, di DUN Bukit Batu, Warisan turut menyaksikan undi terendah sebanyak 775, BN (5,513 undi), PKR (5,457 undi) dan PN (2,393 undi).

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori