Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PKR Tuntut Datuk Dr....

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Gooi Hsiao Leung...

UPSR Bocor: Ibu Bapa...

PETALING JAYA - Ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah...

Grab, Razer, AirAsia Antara...

KUALA LUMPUR - Kumpulan perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Grab; firma perjudian, Razer; AirAsia; syarikat...

Helikopter Tentera Indonesia Terhempas,...

JAKARTA - Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang...

TikTok Gantung Perkhidmatan Di Rusia

WASHINGTON – Gergasi media sosial, TikTok mengumumkan penggantungan penstriman langsung dan kandungan di Rusia sebagai sokongan ke atas bantahan pencerobohan negara itu di Ukraine, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Syarikat itu membuat pengumuman tersebut sebagai tindak balas kepada undang-undang ‘berita palsu’ kontroversi baharu Moscow yang mengancam pemenjaraan kerana berkongsi maklumat yang dianggap pihak berkuasa sebagai maklumat palsu.

“TikTok adalah saluran untuk kreativiti dan hiburan yang boleh memberikan sumber kelegaan dan mengeratkan hubungan manusia semasa zaman perang ketika orang ramai berdepan tragedi menyedihkan.

“Ugutan Rusia yang mendakwa platform ini menjadi medium penyebaran berita palsu menjadikan pihak kami tidak mempunyai pilihan selain menggantung perkhidmatan di sana,” kata TikTok dalam satu kenyataan.

Selain TikTok, Netflix juga mengambil keputusan untuk menggantung perkhidmatannya di Rusia.

Awal minggu ini, Netflix menghentikan sementara semua projek dan pemerolehan masa depan di Rusia selepas menilai kesan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.


“Memandangkan keadaan di lapangan semakin buruk, kami telah memutuskan untuk menggantung perkhidmatan kami di Rusia,’ kata jurucakap Netflix.

Syarikat kad kredit Amerika Syarikat (AS), American Express turut menangguhkan semua operasi di Rusia dan Belarus.

Kad American Express yang dikeluarkan secara global tidak lagi berfungsi di mana-mana kedai atau mesin juruwang automatik (ATM) di Rusia, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Visa dan Mastercard juga telah menyekat beberapa institusi kewangan Rusia daripada rangkaian mereka, mematuhi sekatan kerajaan yang dikenakan ke atas pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori