Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

KKMM Kaji Internet Jalur...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) sedang mengkaji untuk menyediakan Internet jalur...

Rakyat Bersyukur Sambut Merdeka...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia patut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana menyambut...

Pengarah Kemas Didakwa Terima...

ALOR SETAR - Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Putrajaya mengaku...

Lelaki Hebat Ketuk Kepala...

DARWIN : Seorang pemilik pub bertindak berani apabila mengetuk kepala buaya dengan kuali...

Tokan Dadah Pantai Timur Ditahan Di Melaka

Melaka : Polis memberkas seorang pengedar dadah dan merampas 894.54 gram syabu serta 1,670 biji pil yaba petang Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, suspek berusia 33 tahun dari Pantai Timur itu ditahan di tepi jalan M 19, Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, pada jam 6.30 petang.

Katanya, penangkapan suspek dibuat susulan maklumat dan risikan pihaknya mengenai kegiatan pengedaran dadah.

“Ketika ditahan suspek dipercayai mahu mengedar dadah dan hasil pemeriksaan, kita menemui 120.54 gram syabu dan 20 biji pil yaba dalam milikannya.

“Hasil tangkapan suspek, polis kemudian menyerbu pula sebuah rumah di Taman Rumpun Bahagia, Bachang jam 8.30 malam hari sama dan berjaya merampas 774 gram dadah syabu dan 1,650 pil yaba.

“Jumlah keseluruhan rampasan syabu adalah 894.54 gram dan pil yaba sebanyak 1,670 biji,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Zulkiflee berkata, ujian saringan air kencing suspek bagaimanapun didapati negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek kini direman tujuh hari bermula 10 Mac untuk membantu siasatan dan tindakan lanjut diambil mengikut Seksyen 4 ADB (Perlucuthakkan Harta) 1988 yang mana polis menyita dua motosikalnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dalam kes ini adalah RM13,000,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori