Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Jadi Bos Khazanah Ada...

SEJAK Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, Perdana Menteri,...

Plan V: Pengecas Peranti...

Power bank sudah semakin banyak di pasaran dengan pelbagai kapasiti.Kesemuanya mempunyai satu persamaan...

Jangan Jadikan Majlis Keagamaan...

SEGAMAT - Tindakan DAP mempergunakan majlis keagamaan seperti sambutan Thaipusam di Pulau Pinang...

Runtuhan Kren Makkah: Waris...

PUTRAJAYA - Seramai tujuh waris jemaah yang terkorban dalam insiden runtuhan kren pada...

Tol Percuma Selama Seminggu Di Tambak Johor, Linkedua

PUTRAJAYA – Semua jenis kenderaan diberikan pengecualian bayaran tol selama seminggu bermula 1 hingga 7 April ini di kedua-dua pintu masuk negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan plaza-plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat memandangkan Malaysia dan Singapura membenarkan semua pengembara yang lengkap divaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 1 April ini.

Ujarnya, mereka juga tidak perlu melaksanakan ujian Covid-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

“Pengecualian bayaran tol ini melibatkan semua jenis kenderaan selama tujuh hari, bermula 1 April sehingga 7 April 2022. Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura.

“Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui Touch and Go dan Smart Tag,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pemberian pengecualian bayaran tol itu melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh tersebut.


Katanya, keputusan itu turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat berkenaan.

“Pengecualian ini adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.

“PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Linkedua setiap hari.

“Keputusan pelepasan tol ini akan memanfaatkan lebih 300,000 perjalanan rentas sempadan MalaysiaSingapura bagi pemilik-pemilik kenderaan,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori