Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ronnie Liu Dibebaskan Dengan...

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter berlaku...

Awie Tak Puas Hati,...

TERNYATA kemelut yang melanda vokalis kumpulan Wings, Awie dan isterinya, Rozana Misbun masih belum...

Awie Terharu Isteri Rapat...

SETELAH hampir sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi rock terkenal Awie berasa lega apabila...

Ujian Covid-19 Guna Air Liur Ditarik Balik Pada 1 April

LONDON : Penduduk Britain kini tidak perlu lagi melakukan saringan Covid-19 walaupun bergejala selepas kerajaan mengumumkan untuk menarik balik pemberian percuma kit Covid-19 menggunakan sampel air liur.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pemberian kit ujian Covid-19 secara percuma itu akan dihapuskan untuk sebahagian besar penduduk di England bermula Jumaat ini.

Bagaimanapun, menurut kementerian kesihatan, pekerja Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), penghuni rumah jagaan dan pesakit yang berisiko dikecualikan daripada pelaksanaan itu.

Lapor Daily Mail, penduduk tidak perlu melakukan ujian saringan Covid-19 walaupun bergejala, sebaliknya akan dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga keadaan kesihatan mereka menjadi baik.

Kit ujian pantas itu akan ditarik balik bermula 1 April ini sebagai sebahagian fasa terakhir `strategi hidup bersama Covid-19′.


Kit ujian asimptomatik itu hanya akan diberikan secara percuma untuk petugas kesihatan NHS, kakitangan hospital dan pusat penjagaan sosial ketika tempoh kes jangkitan semakin memuncak.

Ia juga akan diagihkan kepada pesakit bergejala di hospital atau individu yang layak menerima suntikan antiviral berdasarkan keadaan kesihatan asas.

Golongan berisiko tinggi juga layak menerima kit ujian saringan Covid-19 percuma itu sekiranya mempunyai gejala termasuk pegawai penjara atau kakitangan di pusat perlindungan gelandangan.

“Butiran lanjut berhubung golongan yang layak menjalani ujian saringan akan dibentangkan pada Jumaat ini,” jelas kementerian kesihatan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori