KIEV – Ukraine dan Rusia dijangka mengadakan rundingan damai pusingan ketiga pada Isnin, menurut delegasi Ukraine, David Arahamia menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lapor Xinhua.
Pada Jumaat, penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak dilaporkan berkata, rundingan pusingan ketiga antara Ukraine dan Rusia akan berlangsung pada Sabtu atau Ahad, memetik media tempatan.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, dalam perbualan telefon dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Jumaat, Rusia terbuka untuk berdialog dengan Ukraine.
Beliau berharap Kiev akan mengambil pendirian yang munasabah dan konstruktif semasa rundingan pusingan ketiga itu.
Ukraine dan Rusia sebelum ini sudah mengadakan dua kali rundingan iaitu pada 28 Februari dan 3 Mac.
-Sinar Harian