Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Yakin Mahathir, Pelabur...

PANIK... Pelabur asing yang masih terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14...

Ribut Pasir Gergasi Lenyapkan...

SATU kejadian ribut pasir di wilayah Gansu, China berjaya dirakam baru-baru ini. Rakaman tersebut...

Penamaan Calon Esok Buka...

KUALA LUMPUR - ‘Gelanggang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di...

Kajian Mansuh Hukuman Mati...

SANDAKAN - Kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dalam peringkat...

Ukraine Tidak Berhasrat Sertai NATO

KYIV : Presiden Volodymyr Zelenskyy seolah-olah pasrah apabila menyedari Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak akan membantu Ukraine mengakhiri perang dengan Rusia.

Justeru, pemimpin itu menekankan Ukraine sudah tidak mempunyai hasrat untuk menyertai NATO lagi.

“Saya sudah lama bertenang selepas mengetahui NATO tidak bersedia untuk menerima Ukraine.

“Pakatan itu takut dengan isu kontroversi dan konfrontasi dengan Rusia,” katanya dalam satu temubual disiarkan di ABC News.

Mengulas mengenai keahlian NATO, Zelenskyy menegaskan beliau tidak mahu menjadi `presiden sebuah negara yang asyik merayu bantuan dari pelbagai pihak’.

Sebelum ini, Rusia menegaskan pihaknya tidak mahu Ukraine menyertai NATO.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pakatan itu semakin berkembang lebih jauh ke timur untuk mengambil alih negara bekas blok Soviet sehingga menimbulkan kemarahan Kremlin.

Rusia melihat perkembangan NATO sebagai satu ancaman selepas menyaksikan postur ketenteraan sekutu Barat di sempadan negaranya.

Sebelum ini, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Rusia sedia menghentikan operasi ketenteraan di Ukraine ‘dalam masa terdekat’ sekiranya Kyiv memenuhi semua syarat yang dikenakan.

Katanya, Moscow menuntut Ukraine menghentikan tindakan ketenteraan, meminda Perlembagaan untuk mengekalkan neutraliti, mengakui Crimea sebagai wilayah Rusia dan mengiktiraf Donetsk dan Luhansk sebagai republik bebas.

Dalam pada itu, Zelenskyy berkata, beliau terbuka untuk `berkompromi’ mengenai status wilayah Donetsk dan Luhansk.

Katanya, beliau juga sedia untuk mengadakan rundingan berkaitan tuntutan Rusia.

Menurut Zelenskyy, tiada mana-mana pihak selain Rusia yang mengiktiraf dua wilayah itu sebagai republik bebas.

“Kita masih boleh berbincang dan mencapai persefahaman mengenai hala tuju wilayah tersebut.

“Bagi saya, apa yang lebih penting adalah bagaimana penduduk di wilayah tersebut akan meneruskan kehidupan.

“Siapa yang mahu menjadi sebahagian Ukraine dan sama ada warga Ukraine boleh menerima mereka,” katanya.

* SPEKULASI AS


Di sebalik hasrat Zelenskyy yang tidak mahu menyertai NATO, AS pula dilihat tidak habis-habis memburukkan situasi dengan spekulasi mengenai Rusia.

Andaian itu dilihat sengaja mahu menakut-nakutkan Ukraine.

Agensi perisikan AS menjangka Presiden Rusia, Vladimir Putin akan meneruskan serangan penuh terhadap Ukraine meskipun berdepan tentangan global yang semakin hebat.

Agensi perisikan itu turut menganggarkan kira-kira 2,000 hingga 4,000 tentera Rusia maut malah menegaskan Moscow dapat merasakan kesan sekatan ekonomi, perdagangan dan diplomatik yang dikenakan ke atas negara itu.

Namun, jelasnya, situasi boleh menjadi lebih buruk bagi warga Ukraine dengan bekalan makanan dan air di Kyiv mungkin kehabisan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Berdasarkan penilaian pakar kami, Putin tidak mungkin terhalang oleh sekatan demikian, sebaliknya boleh bertindak meningkatkan ketegangan lagi,” kata Pengarah Perisikan Kebangsaan (DNI), Avril Haines ketika pendengaran Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan AS.

* SEKAT MINYAK RUSIA

Sementara itu, AS dan United Kingdom (UK) mengharamkan import minyak Rusia sekali gus menjadikannya sekatan ekonomi baharu dikenakan ke atas Moscow.

Dilaporkan, Kesatuan Eropah (EU) juga menamatkan kebergantungannya terhadap bekalan gas Rusia.

* SITUASI DI UKRAINE

Pihak berkuasa Ukraine berjaya memindahkan kira-kira 5,000 penduduk dari bandar Sumy di bawah perjanjian gencatan senjata dan koridor kemanusiaan di beberapa bandar yang dikepung oleh tentera Rusia.

Konvoi membawa penduduk berkenaan ke bandar Lokhvytsia, kira-kira 150 kilometer (km) ke barat daya di wilayah dikuasai Ukraine.

Kira-kira 1,000 kereta juga akan bergerak keluar ke arah bandar Poltava.

Selain itu, cubaan untuk memindahkan penduduk dari Mariupol gagal sekali lagi, dengan Ukraine mendakwa Rusia menyerang koridor kemanusiaan di bandar pelabuhan itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori