Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saya, Ashraf Muslim Sudah...

KISAH cinta antara pelakon Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim sudah lama tinggal sebagai...

BAM Sahkan Ada Pemainnya...

Hari ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa seorang daripada pemain di bawah...

Kehidupan Bella Kini Lebih...

Kuala Lumpur : Selepas dua bulan kes penderaan dan penganiayaan remaja Sindrom Down...

Dapatkan Pandangan Terlebih Dahulu...

KUALA LUMPUR – Kerajaan sepatutnya menimbang untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada...

UMNO Tampil 70 Peratus Muka Baharu Pada PRU-15

KUALA LUMPUR: UMNO akan menampilkan 70 peratus muka baharu sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum PRU ke-15 (PRU-15) akan datang.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu sudah dirunding dalam perbincangan dalam kalangan lima pemimpin tertinggi atau ‘top five’ parti.

“Begitu juga mereka yang berumur bawah 50 tahun, jangan risau. Ketua Bahagian kalau termasuk dalam konsep ‘WALI’, Insya-Allah.

“Pemuda, Wanita dan Puteri jangan khuatir, ketiga-tiga sayap ini akan diberikan tempat,” katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Beliau turut memberi jaminan, ahli UMNO yang tiada dalam struktur kepemimpinan UMNO di peringkat tertinggi atau bahagian, boleh menjadi calon PRU.

“Dalam hal ini, saya memohon perwakilan dan saya untuk melihat bahawa ‘game changer’ (perubahan) walaupun bukan mudah, tapi yakin ia boleh dilakukan.


“Pada hemat saya, apa yang dibacakan oleh Perdana Menteri tadi, saya yakin dengan pengumuman itu juga, ini mungkin Persidangan Agung UMNO terakhir sebelum pilihan raya,” katanya.

Ahmad Zahid menjelaskan, UMNO mesti mengembalikan tampuk kepemimpinan negara yang lebih stabil untuk menarik keyakinan pelabur luar.

“Semalam, saya bertemu dengan diplomat asing yang datang sebagai duta dan pesuruhjaya tinggi. Dalam perbincangan itu, mereka mengharapkan UMNO terus kuat, BN terus kukuh dan menang besar dalam PRU.

“Jika UMNO dan BN dominan semula, mereka sudah menyatakan kepada saya, bukan sahaja pelabur tapi pelancong juga akan dibawa masuk sebagai tanda keyakinannya kepada kita,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori