Kita tidak pasti mengapa Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim
mengesyorkan Malaysia memberi penghormatan peringkat nasional kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Tetapi kita tahu Rais merupakan bekas pemimpin UMNO yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejurus UMNO tewas Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bersatu pula adalah rakan subahat DAP dalam Pakatan Harapan (PH) yang saling bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018.
Tanpa kurang menghormati sumbangan Rais sebagai bekas anggota Kabinet, yang pasti saranan beliau supaya Kit Siang diberi penghormatan peringkat nasional adalah berbahaya.
Malaysia memberi penghormatan tertinggi kepada pemimpin ulung DAP itu bermakna Malaysia menghormati agenda politik “Malaysia Malaysian” oleh Kit Siang untuk negara ini.
Begitu juga menghormati agenda ICERD yang dikatakan akan menjejaskan kedaulatan institusi diraja, hak keistimewaan orang Melayu serta Islam sebagai agama Persekutuan.
Begitu juga akan menghormati agenda DAP mengenai kesamarataan agama di negara ini sehinggakan urusan Mahkamah Syariah pun menjadi rungutan mereka.
Namu kita masih ingat Rais selepas menyertai Bersatu/PH membuat pusingan U berhubung pendiriannya mengenai konsep Ketuanan Melayu.
Menurut Rais dalam satu hantaran di Twitter pada 3 Oktober 2018:
“Ketuanan Melayu tiada dalam Perlembagaan kecuali hak Di Raja di sisi Undang2 dan hak2 istimewa Melayu dan Bumiputra Sabah Swak dan hak2 sah komuniti lain di bawah Per153.Per 8 memberi layanan kesaksamaan perundangan kpd semua warga.Ketuanan Melayu hanya dalam laungan politik”
Beliau ketika itu senada dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam yang menegaskan zaman Ketuanan Melayu telah berakhir.
Malaysia memberi penghormatan negara kepada Kit Siang juga satu ketidakadilan kerana ramai tokoh politik yang telah bersara namun tidak mendapat penghormatan setinggi itu.
Rais wajar memberi justifikasi yang lebih jelas mengenai alasannya Kit Siang telah begitu lama berjuang untuk masyarakat atau Malaysia maka perlu diberi penghormatan itu.
Apa yang ramai fahami adalah agenda perjuangan Kit Siang selama ini cumalah untuk menjatuhkan kerajaan BN supaya DAP menguasai pentadbiran negara dan mereka telah pun berjaya dengan bantuan Bersatu pada PRU-14.
-Mynewshub