Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Agong Terima Mengadap Pengasas...

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan...

‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’

Kumpulan Rock Nombor 1 Indonesia Kembali Ke Malaysia Adakan Konsert Di Lokasi Lebih...

Saya Akan Beritahu Bila...

PELAKON Intan Ladyana memberitahu dia tidak mahu lagi bercerita tentang hal peribadi dan...

Polis Buru Remaja Lakukan...

POLIS Britain kini sedang memburu empat remaja selepas mereka didakwa kencing di sebuah...

Wanita Didakwa Dera Anak Kerap Menangis Sampai Mati

TELUK INTAN : Seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuannya berusia dua tahun sampai mati dalam kejadian pada 9 Mac lalu.

Tertuduh Thang Pui Ling, 33, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim K. Rajeswari.

Mengikut pertuduhan, Pui Ling didakwa membunuh Heng Jing Yi, 2, pada pukul 2 pagi di 202, Lorong 17, Taman Seri Iskandar, Hutan Melintang pada 9 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mei ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien.


Semalam media melaporkan seorang ibu mendera anak perempuannya bulan sehingga mati kerana tidak tahan mendengar kanak-kanak tersebut menangis.

Pemeriksaan doktor mendapati terdapat beberapa kesan gigitan, lebam dan kecederaan termasuk luka di hidung, dagu dan cuping telinga kanan selain luka di belakang telinga kiri dan belakang kepala.

Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta luka koyakkan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori