Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelakon Lucah Biar Bayi...

Oregon – Seorang pelakon filem lucah Amanda Marie Hancock yang berusia 21 tahun,...

24 Pengawal Khas Jaga...

SETIAP tahun, jutaan jemaah kunjungi Makkah untuk ibadah haji atau umrah yang lazimnya...

Ibu Tetap Tabah Walaupun...

KUALA KANGSAR - Anak sulung kepada calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya...

Januzaj Tinggalkan Old Trafford,...

MANCHESTER - Penyerang Manchester United, Adnan Januzaj semalam menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman...

WHO Bincang Masa Sesuai Isytihar Pandemik Covid-19 Berakhir

GENEVA : Pakar kesihatan awam dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengadakan perbincangan untuk memutuskan tempoh masa sesuai mengumumkan pengakhiran krisis kesihatan global Covid-19.

Menurut WHO, pihaknya tidak bercadang membuat deklarasi itu buat masa sekarang, walaupun banyak negara sudah menyaksikan penurunan kes, lapor Bloomberg.

Ini disebabkan, kes kematian mula melonjak kembali di Hong Kong dan China pula merekodkan lebih 1,000 kes baharu buat pertama kali selepas tempoh dua tahun.

Perbincangan di Geneva itu memberikan tumpuan mengenai keadaan yang memberi isyarat kecemasan kesihatan awam yang diisytiharkan sejak 30 Januari 2020.

Pengisytiharan sedemikian bukan sekadar langkah simbolik yang bermakna, bahkan menambah momentum kepada penarikan semula banyak dasar kesihatan awam semasa pandemik.

“Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa mengenai Covid-19 sedang melihat kriteria yang diperlukan untuk mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam sebagai kebimbangan antarabangsa untuk ditamatkan.

“Setakat ini, kami belum memutuskan perkara itu,” kata agensi tersebut menerusi kiriman emel.

Banyak negara di seluruh dunia sudah melonggarkan sekatan untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti tidak perlu memakai pelitup muka dan pembukaan sempadan negara.

WHO berkata, masih banyak negara Asia merekodkan kadar jangkitan yang tinggi.


Jelasnya, sebanyak 10 juta kes Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dan 52,000 kematian minggu lalu.

Pakar turut memberi amaran sekalipun kes Covid-19 menurun ke tahap terendah, wabak itu masih boleh menyebabkan ribuan orang mati setiap tahun.

Ini kerana virus tersebut tidak sama seperti penyakit endemik lain seperti demam malaria dan tuberkulosis.

“Varian baharu yang berpotensi muncul dan lebih berbahaya juga sukar diramalkan,” katanya.

Perbincangan WHO itu akan memberikan implikasi kepada pengeluar vaksin seperti Pfizer Inc. dan Merck&Co. yang bersetuju membenarkan persaingan generik terhadap rawatan Covid-19 sehingga wabak berakhir.

Pengeluar vaksin AstraZeneca juga akan mengekalkan produk dengan harga rendah sehingga wabak berakhir.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori