Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Final Skuasy Tetap Di...

KUALA LUMPUR - Empat lagi perlawanan akhir acara skuasy Sukan SEA Kuala Lumpur...

Istana Berkecuali Dalam Politik...

KANGAR - Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada...

Kutip GST RM19 Sehari,...

KUALA LUMPUR - Dakwaan Rafizi Ramli kerajaan akan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Graduan Oxford Tarik Diri...

SEMUA maklum mengenai Clever Girl, satu rancangan pertandingan realiti yang menunjukkan keberanian dan...

Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

PETALING JAYA – Penyanyi nasyid dan Komposer Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium dua minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman ,47, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, pelantun lagu Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

BACA : Mengapa Tuduhan Kepada Anak Vincent Tan Dikurangkan?

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding berlainan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas petuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.


Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim dan Asnawi Abu Hanipah manakala Yasin diwakili peguam Yusmadi Yusoff.

Pada 21 Mac lalu Kosmo! Online melaporkan polis menahan penyanyi nasyid kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini.

Penahanan dibuat terhadap suspek yang berusia 47 tahun pukul 5.30 petang itu selepas bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah berkenaan.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.

Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.

Pada masa sama, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish dan wang tunai turut disita. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.

Suspek mempunyai sejarah terlibat penagihan dadah lebih kurang 10 tahun dan menanam pokok ganja selama dua bulan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori