Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas ADUN Labuan Meninggal...

LABUAN - Veteran politik dan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Labuan yang...

McDonald’s Mohon Maaf Isu...

BANGKOK - McDonald's Thailand meminta maaf setelah seorang pelanggan di cawangan Bangkok menjumpai...

3 Sekeluarga Mangsa Letupan...

KOTA BHARU - Tiga sekeluarga mangsa letupan bom di Bangkok, Thailand pada Isnin...

Pink Selar Kim K...

PENYANYI popular antarabangsa, Pink menyelar tindakan keterlaluan bintang program realiti TV, Kim Kardashian tergamak...

Zahid Jelaskan Isu MB Johor, Desakan PRU Segera Esok

PAU 2021 | Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan memberikan penjelasan mengenai pelantikan menteri besar baru Johor dalam perhimpunan agung esok.

Turut akan dijelaskan, kata ahli parlimen Bagan Datuk itu, ialah mengenai suara parti yang mahu parlimen dibubarkan segera – dan yang menolaknya – bagi membuka laluan untuk pilihan raya umum (PRU).

“Kedua-dua persoalan ini akan saya jawab besok,” katanya kepada media selepas melawat persidangan tiga sayap Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid ditanya mengenai isu pelantikan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar Johor di sebalik nama Hasni Mohammad yang dicadangkan oleh Umno.

Hasni yang juga Adun Benut merupakan penyandang menteri besar, manakala Onn Hafiz Adun Machap yang juga bekas exco Pemuda Umno Malaysia.

Ia menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak termasuk veteran Umno, Shahrir Samad, yang menzahirkan rasa tidak senangnya secara terbuka.


Sumber Umno Johor yang dipetik Bernama pula memberitahu tiada perwakilan dari negeri itu akan berbahas sepanjang persidangan kali ini ekoran isu pelantikan berkenaan.

Laporan menyebut 38 daripada 40 Adun Umno memberikan sokongan kepada Hasni agar dilantik menjadi menteri besar namun tidak mendapat perkenan daripada Sultan Johor.

Ahmad Zahid dijadual menyampaikan ucapan dasar presiden pada pagi esok sebelum dibahaskan perwakilan dari seluruh negara.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori