Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ayuh Segerakan PRU 14,...

TIGA minggu sebelum PRK Sungai Besar, Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor meletakkan sasaran menang...

2 Maut, 16 Hilang...

DUA orang disahkan maut manakala 16 lagi anak kapal masih hilang apabila sebuah kapal laut...

10 April Sebutan Semula...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan 10 April bagi sebutan...

Jho Low Ingin Pulang...

PETALING JAYA - Ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho ingin pulang dan...

Zelenskyy Gesa AS Boikot Minyak Rusia

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menggesa Amerika Syarikat (AS) agar menghentikan pembelian minyak dari Rusia dalam satu mesyuarat menerusi aplikasi Zoom dengan ahli Kongres pagi semalam, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Beliau mengemukakan gesaan itu sebagai salah satu cara untuk mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Moscow.

Senator Dan Sullivan mengulangi gesaan itu dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut dengan menegaskan bahawa menghentikan pembelian minyak dari Rusia adalah satu langkah sekatan yang paling berkesan.

Ia bahkan dilaporkan lebih berkuasa berbanding menyekat Moscow daripada sistem pembayaran antarabangsa SWIFT.

Beliau seterusnya menyeru Presiden Joe Biden agar memberi perhatian kepada ‘presiden yang berani’ itu serta menyekat import minyak dan gas dari Rusia.


Sementara itu, Senator Ted Cruz memaklumkan bahawa pentadbiran Biden perlu melaksanakan embargo minyak dan gas ke atas Rusia selain Kongres akan berusaha untuk terus menyediakan pakej-pakej bantuan kepada Ukraine.

“President Zelensky menyatakan bahawa langkah pemboikotan itu merupakan sekatan paling berkesan yang boleh dilaksanakan setakat ini. Ia juga satu-satunya sekatan ekonomi yang boleh menjejaskan keupayaan Rusia untuk meneruskan serangan ketenteraannya,” kata Cruz.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori