Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang Di Timur...

KUALA LUMPUR: Angin kencang di timur Sabah dijangka berterusan hingga 18 Jan ini,...

Bekalan Ikan Dijamin Mencukupi...

KLANG - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan mencukupi untuk...

8 Maut Tiga Letupan...

JALALABAD - Seramai lapan orang maut manakala puluhan lain cedera selepas beberapa letupan...

Najib & Isteri Sertai...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat Sekolah...

Zelenskyy Gesa Putin Segera Berunding

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy menggesa rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin untuk mengadakan rundingan damai bagi mengakhiri perang di Ukraine sekali gus mengelakkan Perang Dunia Ketiga daripada berlaku, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Zelenskyy malah berkata, beliau bersedia untuk berunding dengan Presiden Rusia itu sejak dua tahun lalu.

“Tanpa rundingan, peperangan ini tidak akan dapat dihentikan. Sekiranya terdapat hanya satu peratus peluang untuk kita menghentikan peperangan ini, saya berpendapat kita perlu mengambil peluang itu,” kata Zelenskyy.

Tambah beliau, tujuan tentera Rusia menyerang Ukraine adalah untuk menghancurkan negara Eropah Timur itu.

“Demi maruah rakyat dan tentera Ukraine, kami mampu melawan kekuatan tentera Putin, namun, tindakan itu hanya akan mengorbankan lebih banyak nyawa.

“Jadi, saya berfikir bahawa kita perlu menggunakan apa sahaja cara untuk berunding dan berbincang dengan Putin.


“Namun, jika semua percubaan tersebut masih gagal, ia bermaksud kita sedang berdepan dengan Perang Dunia Ketiga,” ujar Zelenskyy.

Sementara itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa sebarang rundingan dengan Kremlin tidak akan melibatkan kompromi dari sudut memperakui Semenanjung Crimea sebagai sebahagian daripada wilayah Rusia serta rantau Donetsk dan Lugansk sebagai negara bebas.

“Sebarang kompromi berkaitan dengan integriti wilayah dan kedaulatan Ukraine, pasti akan ditentang berhabis-habisan oleh rakyat negara ini,” tegasnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori