Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Remaja Terlibat Kes Ragut...

SANDAKAN - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai terlibat...

DRB-HICOM Taja Pakej Umrah...

KUALA LUMPUR - Tiga penyumbang pingat emas negara di Sukan Paralimpik Rio di...

Azmin Calon MB Selangor?...

Ketika muncul bayangan bahawa Azmin Ali mungkin dicalonkan Perikatan Nasional (PN) sebagai menteri...

Keluarkan Arahan Larangan Remaja...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan supaya kerajaan negeri mengeluarkan arahan...

111 Tahanan Etnik Rohingya Masih Dikesan Polis Pulau Pinang

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang percaya 111 etnik Rohingya yang masih dicari selepas meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Relau, Kedah semalam masih berada di sekitar kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, menerusi Ops Tutup semalam dan hari ini, polis negeri berjaya menahan semula 30 etnik Rohingya yang kesemuanya lelaki di kawasan Sungai Kerian dan Nibong Tebal.

”Baki yang masih dicari adalah 111 orang (setakat pukul 2 petang), saya tidak pasti sama ada Kontinjen Kedah, Kontinjen Perak atau Jabatan Imigresen ada buat tangkapan semula, ini adalah konteks pencarian yang dijalankan oleh Kontinjen Pulau Pinang.

“Kita percaya 111 orang ini masih berada di sekitar lokaliti kita berdasarkan keadaan mereka yang tidak tahu ke mana arah tujuan, jika mereka telah melepasi sempadan Perak, polis di sana sudah bersedia untuk mengesan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shuhaily menyampaikan amanat kepada anggota dan pegawai sempena Hari Raya Aidilfitri di Dewan Mutiara, IPK Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi semalam, seramai 528 tahanan daripada 664 tahanan di depot tersebut melarikan diri selepas berlaku rusuhan kecil.

Menurut Mohd. Shuhaily, seramai 120 pegawai dan anggota polis Kontinjen Pulau Pinang terlibat dalam usaha mengesan semula tahanan yang meloloskan diri itu.

”Hari ini, usaha pencarian tahanan yang meloloskan diri turut dibantu oleh Unit Udara PDRM, bagaimanapun, saya tidak dapat berikan maklumat lanjut mengenai operasi unit udara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily berkata, berkaitan kes enam tahanan etnik Rohingya yang maut dalam kemalangan ketika cuba menyeberangi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Kilometer 165 berhampiran Jawi kira-kira pukul 6.50 pagi semalam, pihak polis telah mengambil keterangan daripada lelaki berusia 53 tahun yang memandu kereta tersebut.


”Pihak polis masih menyiasat kejadian kemalangan ini dan kami masih mencari saksi kejadian.

“Setakat ini, tidak ada saksi yang tampil mengatakan kenderaan berkenaan dipandu laju, malah, ada penduduk tempatan menasihati tahanan berkenaan agar jangan melintas jalan ketika itu,”katanya.

Beliau memberitahu, identiti enam mangsa yang maut itu telah dikenal pasti dan mereka terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun; seorang kanak-kanak perempuan (8 tahun); dua remaja perempuan (18 dan 14 tahun) dan dua lelaki dewasa (20 dan 36 tahun).

“Hubungan antara kesemua mangsa masih belum dapat dikenal pasti, kita masih menunggu laporan daripada Jabatan Imigresen,” katanya.

Tambahnya, dua tahanan iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang cedera ringan dalam kemalangan itu mendapat rawatan di Hospital Sungai Bakap.

Sementara itu, Mohd.Shuhaily berkata, orang ramai diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya ternampak kumpulan tahanan berkenaan.

“Kita nasihatkan jangan bertindak sendiri dan terus laporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori