Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pemidato Hebat Akan Baling...

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir membuat...

Parlimen Sri Lanka Pilih...

COLOMBO : Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai presiden baharu Sri Lanka menggantikan Gotabaya Rajapaksa...

Suami Isteri ‘Serang’ Ibu...

KISAH pengasuh mengabaikan kebajikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka sering kali menggemparkan negara...

Lapangan Terbang Mini Akan...

BAGAN DATUK - Sebuah lapangan terbang mini akan dibina di Ladang Jendarata, Hutan...

1,130 Pil Psikotropik Dirampas

Mukah : Lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah selepas memiliki 1,130 pil psikotropik dianggarkan bernilai RM2,260 di belakang terminal bas di Jalan Setiaraja, di sini, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, hasil maklumat serta risikan, polis menahan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan botol plastik dalam bungkusan putih yang mengandungi 1,130 pil psikotropik.

Muhamad Rizal berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah sejak awal Januari 2021 hingga sekarang.


“Suspek juga mengaku mendapatkan bekalan dadah melalui kurier dengan menggunakan perkhidmatan bas,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia negatif jenis dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori