Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Mohon Cabar Pelantikan...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini gagal...

PTPTN Umum Dividen 4...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen...

3 Maut Nahas 7...

KUALA KANGSAR - Tiga individu maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer...

Ucap Selamat Buat “Tokoh...

SINGAPURA - Warga Singapura turut mendoakan semoga Datuk Seri Najib Tun Razak segera...

12,017 Kes Baru Direkodkan, 33 Meninggal Dunia Semalam

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 12,017 lagi kes baru Covid-19 semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini terus bertambah kepada 4,268,486.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pun begitu jumlah kes aktif – jika dibandingkan dengan kadar pada 14 hari lalu – menurun 31.2 peratus. Setakat semalam ada 171,173 kes aktif direkodkan.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 7,448

WP Kuala Lumpur: 756

Johor: 560

Pulau Pinang: 457

Kedah: 456

Negeri Sembilan: 440

Sarawak: 406

Perak: 377

Pahang: 252

Terengganu: 247


Sabah: 198

Melaka: 163

Kelantan: 155

WP Putrajaya: 38

Perlis: 33

WP Labuan: 31

Bagi kes kematian akibat Covid-19 pula, KKM merekodkan 33 korban baru wabak tersebut dengan 10 daripadanya meninggal dunia sebelum dapat diberikan rawatan.

Selangor mencatatkan lapan kematian, diikuti enam di Perak, empat di Kedah, tiga di Sarawak, dan masing-masing dua di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis, diikuti seorang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Sejak minggu lalu, purata 36.3 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 64.4, juga yang menunjukkan trend menurun.

Sebanyak 177 mangsa dilaporkan korban akibat Covid-19 bulan ini manakala 2,235 orang maut pada bulan lalu dan 770 pada Feb.

Sejak pandemik melanda negara ini pada Mac 2020, sebanyak seramai 35,160 orang sudah meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Bagi pesakit yang sedang dirawat, sehingga semalam seramai 3,423 orang direkodkan di hospital termasuk 234 sedang menerima rawatan rapi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori