Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isa Minta Anggota UMNO...

PORT DICKSON - Anggota Parlimen Jempol Tan Sri Mohd Isa Samad meminta anggota UMNO menerima secara terbuka dan memberi sokongan penuh...

Laporan Polis Dibuat Susulan...

KUALA LUMPUR - Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat laporan polis...

Harga Harumanis Bergantung Pada...

KANGAR - Harga mempelam harumanis tidak boleh ditetapkan kerana ia bergantung penawaran dan...

Pilih Dia Seperti Kamu...

PHILADELPHIA - Presiden Barack Obama merayu rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih Hillary Clinton...

14,692 Kes Baharu Covid-19, Hanya 79 Pesakit Kategori Tiga Hingga Lima

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sejumlah 14,692 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, daripada jumlah tersebut, hanya 79 kes membabitkan pesakit kategori tiga, empat dan lima iaitu kurang satu peratus daripada keseluruhan jumlah kes.

Menurutnya, seramai 8,557 kes pesakit kategori satu dan 6,056 pesakit kategori dua.

“Sebanyak 218 kes merupakan kes import manakala 14,474 kes melibatkan penularan tempat. Jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 4.23 juta.

“Daripada 79 kes Covid-19 kategori tiga, empat dan lima yang baharu dilaporkan, sebanyak 19 kes (24.06 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, dan 42 kes (53.16 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster),” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 18 kes atau 22.78 peratus menerima dos penggalak, 46 kes (58.23 peratus ) berumur 60 tahun dan ke atas dan 42 kes (53.16 peratus ) mempunyai komorbid.


Beliau menambah, sejumlah 261 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu membabitkan 124 kes disahkan Covid-19, 137 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Pesakit memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 153 kes (64 kes) disahkan Covid-19, 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sejumlah 20,383 kes sembuh turut direkodkan menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 3.99 juta.

Katanya lagi, dua kluster baharu turut dikenal pasti menjadikan jumlah kluster Covid-19 di negara ini sebanyak 6,942.

“Sejumlah 190 kluster masih aktif manakala 6,750 kluster telah tamat,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori