Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Jamie Dornan: Isteri Saya...

PELAKON utama filem separa lucah, Jamie Dornan mengatakan berkemungkinan besar isterinya, pelakon British,...

Perpaduan Punca Kemakmuran Negara...

KUALA PERLIS - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah perpaduan yang...

Wanita Berhenti Kerja Untuk...

SEORANG wanita dari Atlanta, Amerika Syarikat rela berhenti kerja sebagai pelayan bar demi...

18,560 Kes Baru, 44 Lagi Kematian Covid-19

KKM memaklumkan sebanyak 18,560 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,201,919.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Jumlah kes aktif sebanyak 206,855, turun 29.7 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (10,735)

WP Kuala Lumpur (1,188)

Negeri Sembilan (1,077)

Johor (954)

Pulau Pinang (790)

Perak (751)

Sarawak (639)

Kedah (607)

Pahang (480)

Melaka (338)


Terengganu (325)

Kelantan (271)

Sabah (214)

WP Putrajaya (101)

Perlis (48)

WP Labuan (42)Sebanyak 44 lagi kematian dilaporkan, dengan lapan kes meninggal dunia di luar hospital (BID).

Sejak minggu lepas, purata 45.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 71.9, yang menunjukkan aliran menurun.

Sebanyak 2,235 korban akibat Covid-19 dilaporkan bulan ini. Sementara itu, terdapat 770 laporan kematian bulan lepas dan 491 kematian pada bulan Januari.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,983 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Negeri dengan kes kematian tertinggi ialah Perak (12), diikuti Selangor (11), Johor (6), Sarawak (5), Pulau Pinang (3), Kelantan (2), Sabah (2), Terengganu (2) dan Negeri Sembilan (1).

Seramai 4,521 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 267 orang sedang mendapat rawatan rapi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori