Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Letupan Bot Di Selatan...

ABUJA - Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban selepas sebuah bot kayu meletup di perairan...

Izinkan Aku Menyintaimu Pasti...

KISAH gosip cinta antara hero dan heroin memang dijadikan resepi ginseng drama Korea...

Matthew Davies Perkuat Pertahanan...

KUANTAN - Pemain muda daripada Australia Matthew Davies menjadi tonggak baharu pasukan bola...

Ayuh, Bantu Kami Cari...

JOHOR BAHRU: Polis masih giat menjalankan usaha mengesan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun...

2,500 Penguat Kuasa Maritim Kawal Perairan Ketika Aidilfitri

ALOR GAJAH: Taktik penjenayah yang sanggup menunggu dan mengambil peluang melakukan kegiatan pada musim perayaan Aidilfitri menggunakan perairan negara akan terus dibanteras pasukan maritim di bawah Op Khas Pagar Laut Siri 1/2022.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, operasi itu dilancarkan bermula 19 April sehingga 17 Mei depan membabitkan seramai 2,500 penguatkuasa yang bertugas.

Katanya, operasi itu dilancarkan selepas pihaknya mengesan trend kegiatan jenayah pada musim perayaan termasuklah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan penipuan.

“Umumnya pelaku jenayah beranggapan penguatkuasaan undang-undang di musim perayaan agak longgar kerana sebahagian besar petugas keselamatan bercuti dan meraikan perayaan.

“Disebabkan itu kita melancarkan Op Khas Pagar Laut Siri 1/2022 untuk mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan perairan negara membabitkan penugasan 2,500 penguatkuasa di setiap titik panas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zubil berkata, kawalan ketat itu membabitkan semua Maritim Negeri termasuk Zon Maritim, berikutan cabaran dan ancaman yang berbeza di setiap negeri.


“Sebagai contoh negeri-negeri di sepanjang Selat Melaka berhadapan dengan aktiviti penyeludupan dadah, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kontraband.

“Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan turut berhadapan ancaman sama termasuk barang kawalan bersubsidi, manakala di Pantai Timur aktiviti pencerobohan bot nelayan asing,” ujarnya.

Katanya, dalam Operasi Khas Pagar Laut siri 1/2021 tahun lalu, Maritim Malaysia merekodkan 21 tangkapan membabitkan PATI, penyeludupan dadah, kontraband, ketum dan lain-lain dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 38.8 juta.

Dalam pada itu, sejak Januari sehingga 8 April 2022 lalu, sebanyak 257 kes tangkapan direkodkan dengan nilai rampasan lebih RM49.2 juta.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori