Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Adakah Rakyat Malaysia...

INILAH persoalan yang diketengahkan oleh Jason Lim di dalam video sosial eksperimennya yang...

Pendidikan Bolehkan Anak Petani...

KUCHING - Kesedaran diri dan ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan serta peluang yang...

Manusia Pelik Semua Benda...

POLIS telah melancarkan siasatan terhadap seorang ibu selepas dia memuatnaik video yang memaparkan...

‘Fanskick’ Aplikasi Terbaik Mendekatkan...

KUALA LUMPUR – Aplikasi pintar ‘Fanskick’, yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembelian tiket...

275 Babi Dijangkiti Demam Babi Afrika Akan Dilupuskan

SEREMBAN: Kesemua 275 ekor babi di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dekat sini, yang dikesan dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) akan dimusnahkan secepat mungkin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS), Dr Redzuan Ibrahim, berkata notis pemusnahan binatang berkenaan sudah diserahkan kepada pemilik ladang terbabit, semalam.

Katanya, bagaimanapun kaedah pemusnahannya akan ditentukan dalam masa terdekat selepas satu taklimat diadakan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Semua 275 ekor babi itu akan dilupuskan namun kaedah pelupusan itu belum ditentukan lagi kerana ia membabitkan kemampuan dan keupayaan pasukan serta mengambil kira pelbagai aspek lain yang berkaitan terutama keselamatan.

“Namun, agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan terbabit dalam operasi pelupusan babi berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan pelupusan sepenuhnya itu penting bagi mengelak berlakunya penularan kepada ternakan yang berada di ladang yang lain atau berhampiran.

“Pemilik ladang memberikan kerjasama dan akur bahawa ternakan mereka perlu dilupuskan untuk kepentingan ternakan yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Redzuan berkata, pihaknya sudah mengetatkan kawalan di ladang terbabit bagi memastikan tiada pergerakan masuk dan keluar babi dari kawasan berkenaan.


Beliau berkata, JVNS sudah menubuhkan pasukan tindakan pantas dan jawatankuasa khas negeri bersama agensi berkaitan bagi mengawal wabak itu.

“Ternakan tidak dibenarkan keluar masuk dari kawasan kandang di situ.

“Kita masih terus memantau dan mengenal pasti punca jangkitan, setakat ini belum terbukti jangkitannya dari Perak,” katanya yang memaklumkan ia adalah kes pertama ASF di Negeri Sembilan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir menegaskan bahawa terdapat sekitar 20 ladang ternakan haiwan itu di kawasan berkenaan.

Bakri berkata, penternak di kawasan itu sepatutnya mengambil pengajaran daripada kes virus Nipah yang pernah menjangkiti ternakan babi, sehingga menyebabkan lebih 100 kematian berlaku membabitkan penduduk kawasan itu pada 1999.

Bagaimanapun difahamkan ASF tidak menjangkiti manusia dan jangkitan hanya terhad dalam kalangan spesies haiwan berkenaan sahaja.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori