Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kaji Tindakan Undang-Undang Kepada...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan...

Henti Sebar… Itu Bukan...

BELUM reda lagi kesedihan rakyat negara ini dengan tragedi kebakaran di Hospital Sultanah...

MB Perlis Sifat Anggota...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menyifatkan pihak yang terbabit dengan...

GAMBAR : PAS Guna...

TUMPAT (Kelantan) - Jentera PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

31 Kematian Penyu Di Terengganu Dalam Tempoh Tiga Bulan

Dungun : Sebanyak 31 ekor penyu ditemui mati di negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, rekod kematian pelbagai spesis penyu itu adalah tertinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, pada tahun lalu, sebanyak 51 kes kematian penyu direkodkan dan diikuti 55 kes pada 2020, manakala 78 kes pula pada 2019.

“Banyak faktor yang menjadi penyumbang kepada kes kematian penyu ini termasuk akibat dipukul gelombang dan ombak pada musim tengkujuh.

“Bila berlaku ombak besar, penyu menjadi lemas kerana tidak mampu naik ke permukaan air untuk mendapatkan udara,” katanya sempena pelancaran Bulan Kesedaran Penyu Negeri Terengganu di Rantau Abang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Alias Harun.


Pada program itu, sebanyak tiga ekor penyu sakit yang berjaya dirawat dan kembali sembuh dilepaskan semula ke laut.

Ruzaidi berkata, selain itu, kematian penyu juga disebabkan aktiviti pukat tunda yang tidak menepati syarat pemasangan peralatan Peranti Penyisih Penyu (TED).

“Kebiasaannya apabila terperangkap dalam pukat, penyu akan mudah untuk keluar, tetapi sekiranya tidak memasang TED, penyu akan terperangkap dalam pukat dan akan mati,” katanya.

Katanya, pihaknya mengadakan pelbagai program dan kursus kesedaran dalam memberi kesedaran kepada nelayan dan orang ramai dalam menyelamatkan reptilia itu daripada kematian.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori