Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SMEX 2018 Platform Luaskan...

KUALA LUMPUR - Pameran Pembuatan Pintar 2018 (SMEX 2018) dilihat menjadi platform terbaik untuk...

40 Orang Asli Sambung...

SEPANG - Empat puluh pelajar Orang Asli berjaya mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan...

Jangan Terpengaruh Andaian Negatif...

PUTRAJAYA - Masyarakat diingatkan tidak terpengaruh dengan kenyataan negatif pihak tertentu berhubung pelaksanaan...

Potret Hidup Papar Emosi...

SERING kali mereka digelar sebagai orang gila, namun sebenarnya kebanyakan penghuni di rumah...

48,000 Stok Ubat Paxlovid Tiba Hari Ini

PETALING JAYA: Syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. (Pharmaniaga) menerima sebanyak 48,000 stok ubat produk Paxlovid (PF-07321332 150mg Film-Coated Tablets and Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) bagi merawat jangkitan wabak Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, penggunaan Paxlovid adalah satu lagi senjata melawan Covid-19 iaitu ubat antiviral untuk aspek rawatan Covid-19.

“Alhamdulillah, 48,000 stok ubat Paxlovid telah selamat sampai di Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. yang disyorkan untuk rawatan pesakit Covid-19 dewasa berusia 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen serta berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 teruk.

“Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi Covid-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam untuk mengelak dijangkiti Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


Jelas Noor Hisham, ubat tersebut diberikan segera selepas individu itu dikesan positif Covid-19, dan dalam tempoh masa lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum.

Paxlovid sebelum ini diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi rawatan Covid-19 yang dibuat menerusi mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang 3 Mac lalu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori