Sebanyak 5,899 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,415,101.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Jumlah kes aktif sebanyak 88,185, turun 44.3 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru mengikut negeri:
Selangor (3,579)
WP Kuala Lumpur (649)
Perak (301)
Negeri Sembilan (249)
Johor (214)
Pulau Pinang (193)
Sarawak (151)
Kedah (126)
Melaka (112)
Sabah (85)
Pahang (61)
Terengganu (60)
WP Putrajaya (60)
Kelantan (25)
Perlis (20)
WP Labuan (14)
Sementara itu, lima lagi kematian dilaporkan, dengan empat kes meninggal di luar hospital (BID).
Sejak minggu lepas, purata 12.7 orang dilaporkan meninggal dunia, manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 31.2, yang menunjukkan aliran menurun.
Seramai 487 korban akibat Covid-19 dilaporkan bulan ini. Dalam pada itu, terdapat 2,235 laporan kematian bulan lepas dan 770 kematian pada bulan Februari.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,470 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Negeri dengan kes kematian tertinggi ialah Selangor (3), diikuti Sabah (1) dan Sarawak (1).
Seramai 1,649 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital, dengan 92 orang sedang mendapat rawatan rapi.
-Malaysia Kini