Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

GHAH Desak PH Mansuh...

KUALA LUMPUR - Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) kecewa peguam yang juga aktivis...

Pantau Tahap Kesihatan Semasa...

KUALA LUMPUR - Orang ramai hendaklah sentiasa memantau tahap kesihatan mereka berikutan jerebu...

17 Dis Sebutan Semula...

BALIK PULAU - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula...

PNB Serah Zakat Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyerahkan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM12,724,800...

900 Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Semporna

SEMPORNA – Dianggarkan kira-kira 900 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan kira-kira 100 pintu rumah kongsi di Penempatan Sementara Kampung Bangau-Bangau di sini dalam kejadian bermula pukul 11.35 malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 dan menggerakkan 12 anggota bersama pegawai dengan dua jentera termasuk EMRS ke lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu sepasukan lima anggota dari BBP Air Semporna, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati 10 blok rumah kongsi menempatkan lebih 900 penduduk telah musnah terbakar,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.


Tambahnya, pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman bagi mengelak api merebak ke kawasan penempatan lain sebelum berjaya dikawal pada 12.46 tengah malam.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat dan operasi ditamatkan pukul 3.05 pagi tadi. Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden kebakaran tersebut,” katanya.

Kawasan itu merupakan penempatan sementara yang dibina kerajaan untuk mangsa kebakaran rumah atas air Kampung Bangau-bangau yang berlaku pada 2017.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori