Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Fedtri Yahya Cedera Di...

PETALING JAYA - Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya cedera selepas...

Semua Pusat Pemindahan Mangsa...

KUCHING - Pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Slabi Entungkuh di daerah...

49 Pelajar SMK Sungai...

SUNGAI PETANI - Seramai 49 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar di sini...

KKM Umum Ketetapan Baharu...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian...

9,673 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan Semalam

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan penurunan dibawah angka 10,000 apabila sebanyak 9,673 kes dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,372,697 kes.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (6,184 kes), Kuala Lumpur (683 kes), Perak (505 kes), Negeri Sembilan (504 kes), Johor (313 kes), Pulau Pinang (302 kes) dan Melaka (263 kes).

“Seterusnya, Kedah (189 kes), Sarawak (189 kes), Terengganu (148 kes), Pahang (132 kes), Sabah (101 kes), Kelantan (77 kes), Putrajaya (59 kes), Perlis (14 kes) dan Labuan (10 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.


Dalam masa sama, sebanyak 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,397 kes serta sebanyak lima kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,478 kes.

Sebanyak 113,175 kes aktif dilaporkan melibatkan 110,385 kes dikuarantin di rumah, 357 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,281 kes di hospital, 65 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 87 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori