Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sektor Koperasi Di Perlis...

KANGAR - Sektor koperasi di Perlis yang sedang berkembang dengan baik ketika ini...

Melaka Perlu Tapak Pelupusan...

MELAKA - Melaka memerlukan tapak pelupusan sampah baharu pada kadar segera memandangkan tapak pelupusan sanitari Sungai Udang dijangka dapat bertahan sebulan...

Terpegun Lihat Keindahan Yehliu...

PEJAM celik, sudah tiga hari rupanya lawatan rombongan pakej Muslim Tour Pesona Taiwan...

Hentikan Spekulasi Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak...

ADUN DAP Pasir Bedamar Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah

BUKIT MERTAJAM : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya pada Januari lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

ADUN DAP Perak berusia 54 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) yang ditetapkan di Bahagian III dari Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini kira-kira pukul 12.13 tengah malam 14 Januari lalu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes 17 Mei depan.

Terdahulu, akhbar melaporkan Terence ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Perai, dekat sini pada Januari lalu sebelum ujian air kencingnya didapati positif dadah.

Terence merupakan ADUN Perak selama dua penggal dan merupakan seorang peguam.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori