PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan positif Covid-19.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah berkenan menjalani kuarantin di Istana Negara sehingga 7 April manakala Raja Permaisuri pula sehingga 8 April ini.
“Adalah dimaklumkan bahawa baginda berdua hanya mengalami gejala ringan. Kesihatan baginda berdua secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
“Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, baginda turut menyeru rakyat supaya sentiasa waspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki fasa peralihan endemik Covid-19 kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ahmad Fadil turut menyeru seluruh rakyat mendoakan baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.
Kosmo-