Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Motor Bergesel, Dua Maut,...

ALOR SETAR - Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga...

Langkah Malaysia Tarik Diri...

SINGAPURA - Langkah kerajaan Malaysia menamatkan Grand Prix Malaysia daripada jadual Formula One...

Murid Naik Bot Redah...

MASIH terbayang lagi madah hebat Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi laman blog miliknya...

Tsunami Selat Sunda: Korban...

ANGKA korban terkini tsunami Selat Sunda mencecah 222 nyawa, menurut pihak berkuasa Indonesia...

Aktiviti Selam Skuba Di Mersing Dihentikan

Mersing : Aktiviti selam skuba atau snorkeling di perairan Daerah Mersing di sini arahkan dihentikan berkuat kuasa serta merta.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pegawai Daerah Mersing, Mohamed Shakib Ali berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya ada pihak yang melanggar arahan ditetapkan.

“Dimaklumkan kepada semua pengusaha resort, chalet, pengusaha bot pelancong, bot ‘island hopping’ dan pusat selam skuba diminta memberhentikan sebarang aktiviti selam skuba atau snorkeling di perairan Daerah Mersing berkuat kuasa serta merta.

“Tindakan tegas akan di ambil sekiranya didapati melanggar arahan yang dikeluarkan. Kesinambungan itu, pihak berkuasa juga akan mengadakan pemantauan,” katanya dalam satu notis pemberitahuan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan empat penyelam warga asing hilang semasa melakukan aktiviti latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam.


Mereka adalah seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 dan anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14.

Dua lagi penyelam adalah seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 dan wanita Norway, Kristine Grodem, 35 yang juga jurulatih selam.

Bagaimana Kristine berjaya dijumpai dalam keadaan selamat tengah hari tadi dan usaha mencari tiga lagi penyelam yang masih hilang masih diteruskan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori