Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

2017 Tahun Mencabar Industri...

LABUAN - Tahun 2017 diwarnai dengan pelbagai cabaran bagi Labuan, yang merupakan hab...

“Demi Masa Depan Anak,...

HANYA kerana marahkan pepijat, dia sanggup mengucapkan 'selamat tinggal' kepada rumah sewanya dan...

UPSR Bocor: 2 Guru...

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua guru...

Perang: Guan Eng Ubah...

SELEPAS dikritik hebat penggunaan perkataan ‘perang’ kepada bukan Melayu, kenyataan Setiausaha Agung DAP,...

Aliran Trafik Di Ibu Kota, Lebuh Raya Utama Meningkat

SHAH ALAM – Aliran trafik di laluan keluar dari ibu kota dan beberapa lokasi lebuh raya utama di negara ini mencatatkan peningkatan kenderaan susulan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), antara kawasan terlibat ialah di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS).

“Setakat jam 5.38 petang, trafik perlahan di NKVE di lokasi sebelum masuk Plaza Tol Jalan Duta.

“Sementara itu, sehingga jam 5.39 petang, di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) juga dilaporkan trafik perlahan melibatkan kedua-dua arah.

“Arah utara melibatkan persimpangan Pandan ke Setia Tropika dan Plaza Tol Skudai ke Senai Utara.


“Bagi arah selatan pula membabitkan Southville City ke Rehat dan Rawat (RNR) Seremban, Sedenak ke Kulai dan Plaza Tol Kempas ke Datuk Onn,” kata LLM menerusi hantaran dalam Facebooknya pada Sabtu.

Katanya, bagi Plaza Tol Gombak, aliran trafik dilaporkan dalam keadaan normal tanpa sebarang kesesakan.

Pada Jumaat, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad.

Syed Danial berkata, penetapan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia itu telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori