Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

12 Bekas Wakil Rakyat...

SHAH ALAM - Seramai 12 wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang...

Orang Lain Bunuh Diri,...

MADRID - Seorang lelaki berusia 81 tahun mati selepas dihempap oleh seorang wanita...

Malaysia Kalahkan Thailand 1-0,...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun...

Penjaga Ucap Selamat Tinggal...

KUALA LUMPUR - “Selamat tinggal Nuan Nuan, jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal di...

Anak Perempuan Zahid Nafi Lindungi Siti Bainun

Anak perempuan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad Zahid menepis dakwaan bahawa keluarganya melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Siti Bainun, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia bagaimanapun, tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Melalui hantaran di Instagram milik Nurul Hidayah, dia berkata keluarganya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Siti Bainun, walaupun mengakui bahawa mereka mempunyai sejarah dengannya.

“Kami sekeluarga tidak kena mengena dengan OKT atau dengan pemahaman lain, kami sekeluarga tidak pernah melindungi OKT.

“Benar, kami pernah kenal dan rapat. Sebagai seorang yang pernah rapat, saya merasakan dikhianati kerana selama ini OKT yang sanggup sebagai insan yang suka membantu orang lain sebenarnya mempunyai satu lagi personaliti yang tidak terbayang dek akal saya,” katanya.


Sementara itu, Zahid pada Ahad turut menafikan khabar angin bahawa Siti Bainun mampu melantik sepuluh orang barisan peguam disebabkan dirinya.

“Maka terpaksalah saya akui saya pernah membantu ramai individu sepanjang penglibatan dalam politik. Termasuk didatangi mereka yang meminta bantuan dan sumbangan kewangan untuk tujuan kebajikan.

“Namun saya sama sekali tidak akan melindungi sesiapa saja antara mereka itu jika didakwa terlibat dalam jenayah.

“Hanya dengan mengaitkan gambar saya dengan tertuduh juga tidak berasas, sebagai seorang pemimpin mana mungkin saya menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar,” katanya ketika menjelaskan isu tersebut dalam hantaran Facebook miliknya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori