Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Model Wajah Hodoh Hiasi...

AGENSI dikenali sebagai Ugly Model menarik perhatian dunia apabila menyediakan perkhidmatan model hodoh...

PAS Tak Gentar DAP...

KOTA BHARU - PAS tidak gentar sekiranya DAP meletakkan calon mereka bertanding bagi...

4 Mayat Murid Orang...

GUA MUSANG - Empat jasad murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang...

Boeing Guna Minyak Masak...

PELBAGAI syarikat melihat kepada penggunaan bahan api berasaskan bio, dan terkini pembuat kapal...

Angkasa Sasar Buka 3,000 Coop MART

PUTRAJAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan pembukaan 3,000 cawangan Coop MART di seluruh negara sepanjang tahun ini dalam usaha membantu rakyat terutama kumpulan B40 mendapatkan barangan dengan harga lebih rendah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pada masa ini, sebanyak 2,000 pendaftaran telah diterima dengan 600 daripadanya aktif serta telah menjalankan urus niaga manakala, terdapat kira-kira 1,500 permohonan masih dalam proses.

“Sasaran kita sebanyak 3,000 cawangan dan untuk satu kedai sahaja, secara purata kira-kira 1,000 pengguna dengan seorang pengguna berbelanja sebulan kira-kira RM200.

“Justeru untuk satu kedai sahaja, ‘turnover’ (pulangan) setahun sekurang-kurangnya (boleh mencapai) kira-kira RM2.4 juta,” katanya ketika ditemui pada Program Syukur Itu Indah dan Program Kita Kasih Ramadan di sini kelmarin.


Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini kerajaan sedang menaik taraf Coop MART dan ia melibatkan lima kategori iaitu kiosk, kedai, kedai serbaneka, hypermarket dan supermarket.

Selain itu, katanya, antara barangan yang dijual di Coop MART termasuk keperluan harian, barangan kering dan basah, ubat-ubatan serta barangan perkakasan dengan harga lebih murah antara lima hingga 20 peratus bergantung kepada jenis barangan tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, koperasi memainkan peranan penting dalam membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan yang lebih murah dan berpatutan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori