Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba mengangkat kebencian rakyat terhadap pemimpin BN menggunakan isu Pandora Papers.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Usaha beliau namun gagal mendapat sambutan apatah Anwar tersilap ‘tembak” kerana sebahagian dalam senarai tersebut merupakan sekutu PH.
Buktinya BN menang besar dalam PRN Melaka dan begitu juga PKR mencatat kekalahan teruk dalam PRN Sarawak walaupun isu itu dikempenkan.
Keadaan itu telah membuka ruang kepada Rafizi Ramli untuk membuktikan dirinya lebih hebat berbanding Anwar dalam menyemai kebencian rakyat.
Maka isu Sapura Energy menjadi sandaran Raja Formula untuk menampilkan semula ketokohannya dalam menghasut masyarakat.
Jika bekas Ahli Parlimen Pandan itu berjaya memperdaya rakyat supaya membenci Bossku sekali lagi maka dia akan melangkah jauh dalam misinya.
Setakat ini tiada mana-mana pemimpin politik PH dan PN dapat mengurangkan aura dan sokongan rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Justeru, impian Rafizi untuk menguasai PKR sememangnya bergantung sepenuhnya kepada kejayaannya dalam membangkitkan isu Sapura Energy.
Andai Rafizi dapat menenggelamkan pengaruh Bossku menggunakan isu Sapura Energy, maka dia akan dijulang dan seterusnya mempunyai kekuatan untuk mengenepikan Anwar.
Kesimpulannya, isu Sapura Energy tidaklah lebih tentang Rafizi menentang Bossku, tetapi adalah persaingan antara Rafizi dan Anwar mendominasi PKR.
-Mynewshub