Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Ketagih Viagra Kerana...

Baru berusia 13 tahun, namun seorang remaja telah ketagih kepada Viagra selepas rakan-rakan...

Skim Perlindungan Nasional Manfaat...

PUTRAJAYA - Skim Perlindungan Nasional B40 yang akan menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma,...

Kajian Harga Tiket Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus menjalankan kajian yang lebih terperinci...

2 Wanita Malaysia Dicekup...

KUALA LUMPUR - Dua wanita warga Malaysia ditahan Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam...

Anti Lompat Parti Yang Memeritkan

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itu yang dapat disaksikan pada persidangan khas Dewan Rakyat pada 11 April 2022.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Gelagat sebahagian Ahli Parlimen ‘corner sana corner sini’ dalam usul untuk membolehkan Akta Anti Lompat Parti dilaksanakan amat memualkan.

Terutama dalam kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bicara mereka menyokong usaha mencegah lompat parti yang menjahanamkan demokrasi, tetapi apa diperlihatkan sebaliknya.

Begitu banyak alasan dan persoalan diketengahkan di Dewan Rakyat yang secara tersirat bertujuan menjaga kepentingan mereka.

Akhirnya RUU bagi meminda Perlembagaan Persekutuan supaya Akta Anti Lompat Parti dapat diluluskan dan digubal tidak diundi.

Sebaliknya akan dikaji dan diteliti dulu oleh sebuah jawatankuasa khas sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk diangkat semula kepada Parlimen

Ironinya jawatankuasa khas itu dimaklumkan akan membuat kajian dalam tempoh sebulan, tetapi berhak untuk melanjutkan tempoh kajian.

Cerita sebenar amat mudah iaitu mana-mana ahli politik yang melompat parti akan kehilangan status dan pilihan raya diadakan semula di kerusi tersebut.

Justeru, kita “boring” mendengar hujah seperti Ahli Parlimen patut dibenarkan mendapatkan keadilan di mahkamah sebelum mengosongkan kerusi.


Mempersoalkan jika Ahli Parlimen melompat parti kerana menentang kejahatan dan rasuah. Kejahatan dan rasuah adalah urusan perundangan.

Dalam urusan politik biar pengundi yang memutuskan tentang dakwaan kejahatan dan rasuah itu melalui pilihan raya semula.

Begitu juga pandangan Ahli Parlimen memenangi kerusi sebagai calon Bebas tidak seharusnya tertakluk kepada undang-undang anti lompat parti.

Atas hujah Ahli Parlimen Bebas sepatutnya dikecualikan kerana mandat mereka adalah daripada rakyat dan mereka menang atas kredibiliti sendiri.

Tetapi mandat rakyat memilih calon Bebas adalah wakil rakyat di kawasan Parlimen mereka bukan daripada mana-mana parti politik.

Maka tindakan calon Bebas masuk parti tertentu selepas menang sebagai calon Bebas terang-terang menipu mandat rakyat.

Perkembangan ini menunjukkan sebahagian Ahli Parlimen barangkali bermuslihat melengahkan penggubalan anti lompat parti selepas PRU-15.

Mereka tidak menolak akta itu kerana bakal mengundang persepsi, tetapi jika diluluskan akan menyulitkan langkah “contingency” untuk berkuasa apabila kekurangan bilangan kerusi kelak.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori